PAS KAWASAN KAPAR
KUALA LUMPUR: Data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menunjukkan Pakatan Rakyat mendapat sokongan hampir 50 peratus daripada pengundi berdaftar, 3.4 peratus lebih tinggi daripada Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) kali ini.
Daripada 11,257,147 pengundi berdaftar, sejumlah 5,623,984 (49.96%) pengundi memilih PR di peringkat persekutuan berbanding 5,237,699 undi (46.53%) yang diperolehi BN.
Di peringkat DUN yang mempunyai keseluruhan 505 kerusi yang dipertandingkan, PR menerima undi yang lebih tinggi berbanding BN, iaitu 4,879,699 undi berbanding 4,513,997 undi kepada BN.
Dalam dalam sistem demokrasi Malaysia, jumlah undi popular tidak mempunyai makna, kerana parti mana yang berjaya mendapat kerusi parlimen terbanyak akan membentuk kerajaan.
Walaupun PR mempunyai kelebihan 386,285 undi di peringkat parlimen, BN tetap berjaya membentuk kerajaan dengan memenangi 133 kerusi berbanding 89 yang diperolehi PR.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ‘Tsunami Cina’ telah menyebabkan keputusan BN semakin merosot.
Namun begitu, telahannya disangkal bekas ketua editor News Straits Times A. Kadir Jasin (gambar).
“Apakah keputusan PRU kali ini berupa “Chinese tsunami” seperti yang Mohd Najib ungkapkan atau ia adalah sesuatu yang lebih besar dan menyeluruh iaitu ramai pengundi tidak lagi menerima BN dan Kerajaan BN seperti yang wujud sekarang?
"Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?” tulis beliau di blognya.
Kadir juga berkata walaupun BN berjaya merampas semula Kedah, tetapi hakikatnya, kekuatan BN dalam semua DUN merosot.
“Ia hampir-hampir kehilangan Terengganu dan menyerahkan banyak kerusi kepada PR di semua negeri,” kata beliau.
Penasihat DAP Lim Kit Siang turut menyangkal dakwaan Najib. Beliau berkata kerusi Kuala Terengganu, Alor Setar, Lumut, Sepang dan Penampang tidak mungkin dimenangi PR jika Melayu tidak berubah bersama PR.
Penganalisa politik pula berkata PRU13 ini memperlihatkan pengundi Melayu luar bandar berpihak pada BN, akan tetapi rakyat pelbagai kaum di bandar memihak kepada PR.
“BN menang di kawasan parlimen yang kecil pengundinya dan mempunyai peratusan Melayu yang lebih besar, terutamanya di kawasan pedalaman,” kata beliau.
Bagi keputusan 222 kerusi Dewan Rakyat, BN memenangi 133 kerusi, PKR (30), PAS (21) dan DAP (38), manakala bagi kerusi DUN, BN memperoleh 275 kerusi, DAP (95), PAS (86) dan PKR (49).

Tambahan pula, Malaysia telah mencatat belanjawan defisit selama 15 tahun berturut-turut. Kali terakhir Malaysia mencatat lebihan ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan timbalan perdana menteri.
Janji-janji dalam manifesto Pakatan berjumlah RM46 bilion dapat dibiayai dengan mudah melalui "dividen antirasuah", iaitu simpanan 25 peratus daripada semua pemerolehan dan projek kerajaan yang berjumlah RM206 bilion setahun.
Satu-satunya langkah ke hadapan adalah perubahan. Hanya apabila anda mempunyai keberanian untuk berubah, maka anda boleh hidup dengan bermaruah. Masanya telah tiba untuk kita bersatu padu sebagai satu keluarga rakyat Malaysia.
Jumlah belanjawan = RM233 B
Pendapatan = RM134.6 B: cukai langsung (RM102.3 B) & cukai tidak langsung (RM32.4 B).
Pendapatan bukan cukai = RM56.8 B, lesen & permit (RM13.9 B), pelaburan (RM36.7 B) dll (RM6.2 B)
Pendapatan keseluruhan = RM191.5 B.
Defisit = 3.5%
Anggaran = Pertumbuhan ekonomi 5.2%
Tujuh teras utama digariskan oleh belanjawan;
1) reformasi dan ketelusan GLC
2) membina daya saing ekonomi
3) mengangkat martabat wanita
4) hasil minyak untuk negeri
5) menurunkan harga kereta
6) reformasi membanteras jenayah
7) perumahan untuk rakyat.
Tawaran baru:-
1) Peruntukan RM3 B setiap tahun melalui Caruman Wanita Nasional.
2) Penubuhan syarikat minyak negeri antaranya PetroSabah, PetroTerengganu.
3) Reformasi GLC termasuk membubar 1MDB yang fungsinya bertindih dengan Khazanah.
4) Penubuhan Perbadanan Perumahan Negara bagi meyediakan rumah mampu milik secara besar-besaran.
5) Penurunan cukai eksasis kereta 20%, sistem bidaan AP terbuka sehingga 2015 sebelum ia dihapus.
6) Mengalih sumber manusia dan kewangan polis kepada membanteras jenayah & kenaikan gaji 5% kpd polis.
7) Kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan.
APA MUSLIHAT LAPORAN AUDIT DILEWATKAN?
7 Dzulka'edah 1433 H | 23 September 2012
KUALA LUMPUR, 24 Sept — Pembangkang melihat tindakan Putrajaya sengaja melengah-lengahkan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2011, yang sepatutnya dibentangkan serentak ketika pembentangan Bajet 2013 pada Jumaat, 28 September ini adalah satu cubaan untuk mengelakkan pemimpin pembangkang merujuk kepada laporan audit berkenaan ketika pembentangan bajet.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan adalah sangat “tidak wajar” kerana beliau melihat tindakan itu sebagai taktik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno mengalihkan kesempatan ahli Parlimen membahaskan laporan kewangan tersebut.
“Ini sangat tidak wajar, kerajaan cuba alih kesempatan ahli Parlimen bahas laporan kewangan tersebut.
“Laporan itu sangat penting, ia menilai prestasi kewangan yang dikeluarkan Ketua Audit Negara,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Parlimen hari ini.
“Ini adalah taktik Umno-BN untuk elak ahli Parlimen melihat (laporan audit) ini dan menangguhkannya sehingga selepas belanjawan dibentangkan,” kata ahli Parlimen Permatang Pauh ini lagi.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menegaskan laporan audit itu juga sengaja dilewatkan kerana kerajaan cuba untuk mengalihkan pandangan Ahli Parlimen daripada melihat fakta yang akan dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.
“Laporan audit itu perlu keluar serentak dengan pembentangan bajet... kerajaan sengaja (ingin) menutup kelemahan dengan lengahkan bentang Laporan Ketua Audit Negara 2011, kata Azmin lagi.
“Maknanya kerajaan cuba alih pandangan ahli Parlimen daripada melihat fakta, laporan ini penting, kita tak mahu bahas dengan tuduhan tidak berasas,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini.
Jelas Azmin, laporan audit berkenaan akan mendedahkan sama ada prosedur kewangan negara dilaksanakan dengan betul atau terdapat salah guna kuasa, justeru beliau mempersoalkan tindakan kerajaan melengah-lengahkan pembentangan berkenaan.
“Saya lontarkan pertanyaan kepada (Datuk Seri) Nazri (Aziz) kenapa ini berlaku, kerana ia dilihat ada agenda tersembunyi sedangkan kerajaan yang. melaungkan ingin melakukan transformasi perlu lebih terbuka dan tidak menggunakan alasan untuk tutup kelemahan dan penyelewengan pada tempoh kewangan tahun lalu,” tegasnya lagi.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kepada pemberita:
“Laporan itu sudah siap. Namun, ia tidak akan dibentangkan di Dewan Rakyat serentak (dengan Belanjawan 2013) kerana laporan audit ini akan mempunyai lebih banyak berita daripada belanjawan.
“Jadi, apa yang akan kita laksanakan adalah laporan audit ini akan dibentangkan seminggu dua kemudian namun masih ada masa lagi untuk ahli Parlimen bahaskannya,” kata ahli Parlimen Padang Rengas itu lagi.
Laporan Ketua Audit Negara biasanya akan dibentangkan bersama-sama dengan belanjawan namun kerajaan telah melengahkannya tahun lalu, walaupun terdapat bantahan dan protes daripada pemimpin pembangkang.
Skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) juga turut didedahkan melalui laporan audit tersebut yang mana turut mengaitkan suami dan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil. - themalaysianinsider

1. Seluruh dunia dikejutkan dengan keputusan Ikhwan Muslimin secara rasmi meletakkan calon presidennya dalam pilihanraya akan datang dengan menamakan Ir Khairat Al Shater, Naib Mursyidul Amnya bagi calon Presiden Mesir 2012.
2. Setelah mengadakan mesyuarat tergempar sebanyak 3 kali pada akhir Mac lalu, akhirnya Majlis Syura Ikhwan Muslimin mencalonkan Ir Khairat Shater sebagai calon tatkala penamaan calon masih berbaki 7 hari lagi setelah dibuka 8 Mac lalu dan akan ditutup pada 8 April 2012.
3. Yang menariknya, pada mesyuarat kali pertama Majlis Syura Ikhwan Muslimin pada 16 Mac yang lalu, seramai 81 ahli menolak untuk Ikhwan Muslimin meletakkan calon Presiden. Hal ini kerana, mengikut ketetapan yang telah dipersetujui pada April 2011 yang lalu bahawa mereka tidak sama
sekali akan mencalonkan mana-mana anggota mereka.
4. Manakala pada 27 Mac yang lalu, mesyuarat kali kedua bagi Majlis Syura seramai 61 orang pula tidak menyokong dan ia menunjukkan kemerosotan berbanding mesyuarat yang pertama. Baru-baru ini iaitu tanggal 31 Mac 2012,
mereka bersidang sekali lagi bagi membincangkan perkara yang sama berdasarkan suasana dan waqi’e semasa dan dalam persidangan tersebut seramai 56 orang menyokong, manakala 52 lagi membantah daripada jumlah ahli yang hadir menyuarat seramai 108 ahli (keseluruhan Ahli Majlis Syura seramai 110 orang). Dua orang lagi ahli iaitu Dr. Sa’ad Katatni dan Dr.
Essam ‘Iryan tidak hadir kerana menghadiri Persidangan Ahli Parlimen Dunia.
5. Antara mereka yang tidak bersetuju dengan pencalonan jawatan presiden tersebut adalah Dr. Helmy, Sayed Enzily dan Mohammed Mahdi Akef, bekas,Mursyidul Am yang lalu akan tetapi kesemuanya berlapang dada dan thiqah terhadap keputusan yang telah dipersetujui tersebut.
6. Sumber mengesahkan bahawa, antara sebab Ikhwan Muslimin terpaksa menamakan calon daripada mereka adalah kerana melihat kepada kerajaan sementara dan tentera seolah-olah tidak mematuhi segala perkara yang telah diputuskan oleh Parlimen,satu-satunya institusi yang dipilih oleh rakyat
ketika ini dan juga tidak menghormati kehendak rakyat iaitu supaya kerajaan awam diserahkan kepada rakyat, bukannya diperintah oleh tentera.
7. Sebelum daripada itu juga, Ikhwan Muslimin telah mengadakan rundingan dengan beberapa calon Islamik yang lain iaitu Syeikh Hazim Solah Abu Ismail, Abdul Mun’iem Abul Futouh dan Dr.Salim al-Awwa untuk berbincang berkenaan pencalonan Presiden akan tetapi Ikhwan Muslimin melihat bahawa terdapat beberapa perkara yang menyebabkan mereka terpaksa menamakan juga calon daripada mereka dan kesemua calon tersebut kurang menepati kriteria
yang dikehendaki oleh mereka untuk membolehkan mereka membuat ketetapan menyokong mana-mana calon tersebut.
8. Terkini, sehari sebelum penamaan calon ditutup, Ikhwan Muslimin dan parti politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) memutuskan mencalonkan Presiden parti itu, Dr.Mohammad Mursi sebagai “calon simpanan” bagi jawatan
Presiden jika sebarang kemungkinan berlaku kepada Khairat Shater. Ini kerana Shater sebelum ini berhadapan dengan tuduhan yang direkacipta oleh mahkamah tentera di zaman Mubarak yang disabitkan kesalahan dan dihukum penjara. Beliau baru dibebaskan setelah berlaku Revolusi 25 Januari dan
kesnya masih belum selesai dan sedang diusahakan oleh para peguamnya untuk digugurkan.
9. Walau bagaimanapun, kes beliau itu hanya sebagai tuduhan yang dicipta dan Lajnah Undang-Undang Ikhwan Muslimin dan FJP telah bersepakat kondisi Shater sekarang selamat dan tidak mempunyai apa-apa masalah dari sudut perundangan kerana kesnya sekarang hanya bersifat teknikal untuk digugurkan..
10. Walau bagaimanapun, Ikhwan dan FJP melihat pihak Majlis Tentera sendiri yang cuba mengotorkan proses Pilihanraya Presiden. Hingga kini, terdapat empat nama mereka yang pro-Mubarak telah disahkan bertanding. Mereka ialah bekas Naib Presiden dan juga Ketua Perisikan di zaman Mubarak, Omar
Suleiman, bekas Perdana Menteri Mubarak, Ahmed Syafiq, bekas Ketua Liga Arab ‘Amr Mousa dan Mansour Hasan.
11. Berikut jadual perjalanan Pilihanraya Presiden Mesir 2012 seperti yang diumumkan:
8 April: Pencalonan bagi Presiden Mesir ditutup tepat jam 12 tengah hari
9 April: Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir (JPPM) akan umumkan calon yang diterima borang
10 dan 11 April: Tempoh mengemukakan sebarang bantahan terhadap calon bermula jam 8 pagi hingga 8 malam. JPPM akan mengadakan perbincangan berkaitan bantahan yang dikemukakan.
16 April: JPPM mengumumkan keputusan bagi bantahan2 yang diterima
26 April: JPPM akan mengumumkan calon yg sah bertanding
30 April: Tempoh kempen bermula dan tempohnya hanya 21 hari
11 hingga 17 Mei: 7 hari masa diberikan bagi rakyat Mesir di luar negara mengundi
20 Mei: Tempoh berkempen tamat
23 dan 24 Mei: Rakyat Mesir dalam negara membuang undi
30 Mei: Pusingan ulangan dan tempoh berkempen dibuka semula selama 15 hari
3 hingga 9 Jun: Selama 7 hari lagi rakyat di luar negara membuang undi
15 Jun: Tempoh berkempen tamat pada tepat jam 12 tengah hari
16 dan 17 Jun: Rakyat dalam negara mengundi buat pusingan kedua
18 Jun: Pengiraan undi dijalankan
19 Jun: JPPM membuka sebarang bantahan terhadap proses pilihanraya
21 Jun: Keputusan penuh dijangka diumumkan
30 Jun: Presiden baru mengangkat sumpah jawatan
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Salam Perjuangan dari ~ Aku Pejuang IsLam ~ [ API ]
Tahukah anda apa yg membunuh jiwa dan hati nurani manusia?
Iaitu kejahilan, kekufuran kerana ego merasa dirinya pandai dan sikap malas menimba ilmu.
Quran 11:46 jelas menyebut Allah tidak ingin melihat umatnya jahil.
Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil".
Sebab itulah Allah menurunkan kitab al-Quran - utk membasmi kejahilan manusia dan umatnya.
Quran 4:113
Allah telah menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam), dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya. Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepada mu amatlah besar.
Ilmu adalah cahaya kehidupan, pintu kepada kematangan dan kebijaksaan. Ia adalah nadi kepada jiwa seseorang dan petrol utk sifat seseorg manusia.
Namun, semakin ramai antara kita yg malas menimba ilmu.
Ada yg henti membaca setelah mereka menjadi seseorang dlm masyarakat, kerana mereka ego, rasa mereka tahu semua perkara.
Ramai guru yg berhenti menimba ilmu baru kerana merasakan tiada ilmu lain diperlukan asalkan yg perlu utk diajar pd pelajar, akhirnya pelajarnya jg mengikut rentak yg sama, belajar sekadar perlu utk peperiksaan tanpa inisiatif menimba ilmu lain.
Ini termasuklah juga guru agama yg memberi kuliah dan pengikut yg hanya mendengar di masjid-masjid utk mendapatkan ilmu. Sekiranya guru tidak berkembang keluasan ilmunya, begitulah jg dgn pengikutnya...
Ingatlah perasaan gembira, tenang, bersyukur dan puas yg lahir dr hati setiap kali kita menimba ilmu baru. Itulah ganjaran istimewa dari Allah kepada mereka yg menimba ilmu.
Setua-tua manusia, kita wajib memastikan nadi jiwa kita sentiasa hidup dengan menimba ilmu yg baru.
Setiap perkara, setiap situasi, setiap manusia walaupun berpuluh tahun muda daripada kita ada membawa ilmu yg boleh dipelajari - itulah kehebatan Allah dalam pengajarannya.
Oleh itu, jgn berhenti menimba ilmu. Teruskan menimba ilmu sehingga saat terakhir kita di muka bumi ini.
Sekadar perkongsian utk malam ini. SENYUM.
SHAH ALAM, 6 MAC : Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (SELCAT) menyerahkan sepenuhnya kepada Yayasan Selangor bagi melantik badan bebas bagi menyiasat ketirisan aset hampir bernilai RM500 juta.
Pengerusi SELCAT, Datuk Teng Chang Kim berkata, berdasarkan keterangan oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki, beliau percaya ia mempunyai alasan yang kukuh dan jika mempunyai kesalahan dalam 50 peratus, wang tersebut masih berjumlah RM250 juta.
Ilham dalam kenyataannya semasa sesi pendengaran SELCAT hari ini berkata, kajian dari tahun 1991 sehingga Mac 2008 mendapati ketirisan aset Yayasan Selangor adalah tidak kurang daripada RM500 juta.
Ilham berkata, pihaknya turut bersedia untuk membayar khidmat badan bebas berkenaan bagi menyiasat perkara ini.
“Teng turut mencadangkan agar audit bebas dilantik untuk menjalankan forensik audit. Jadi saya rasa itu lebih sesuai kerana ianya melibatkan perkara yang merangkumi jangka masa yang panjang.
“Kalau ingin melibtakan kerajaan terlalu memakan masa. Tapi ianya akan melibatkan kos yang tinggi. Saya menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak kerajaan negeri sama ada perkara ini seharusnya dilakukan atau tidak kalau diikut dakwaan Encik Ilham tadi.
“Tapi itu memang jumlah yang cukup besar RM500 juta. Bagi saya sebagai Pengurus Besar, beliau sudah mengkaji fail-fail. Sudah tentu beliau mempunyai alasan yang mencukupi,” katanya ketika sidang media sebentar tadi.
Setakat ini aset tetap yang dimiliki oleh Yayasan Selangor bernilai RM500 juta dan aset semasa dalam bentuk wang tunai berjumlah RM51 juta berbanding hanya RM21 juta pada tahun 2007.
Pihak Tv Selangor cuba untuk mendapatkan reaksi Ilham Marzuki berhubung perkara berkenaan dan beliau hanya memaklumkan ‘pihaknya akan menulis surat’.

Temuramah ni dari satu sudut boleh dikira macam debat jugak sebab menggunakan soalan yang sama. Maksudnya, pembaca boleh menilai perbandingan antara dua calon tu dari jawapan yang depa bagi.Mstar: Adakah anda mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook?
Cikgu Mala: Saya ada laman blog dan akaun Facebook. Saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk mengemaskini medium online ini. Kedua-duanya saya gunakan untuk berkomunikasi dengan masyarakat mengenai pandangan serta masalah mereka.
Tok Ai: Saya tidak mempunyai blog, tetapi saya mempunyai akaun Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan saya sejak enam bulan yang lalu.
Mstar: Adakah anda meminati apa-apa cabang seni?
Cikgu Mala: Saya tidak pernah belajar bermain apa-apa alat muzik tetapi saya suka dengar muzik nasyid kerana melodi dan liriknya memberi ketenangan kepada saya. Kumpulan nasyid yang saya gemari ialah, In Team dan Hijjaz.
Tok Ai: Kalau menari dengan main alat muzik rasanya tak ada. Tapi kalau menyanyi adalah, saya suka karaoke. Saya suka dengan muzik R&B.
Mstar: Adakah anda suka menonton wayang?
Cikgu Mala: Saya bukan kaki tengok wayang dan saya tak ada filem yang betul-betul saya minati. Ini disebabkan tugas saya sebagai seorang ibu dan sibuk dengan aktiviti parti menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menonton wayang.
Tok Ai: Kadang-kadang, saya suka menonton filem aksi terutamanya Die Hard 3, End of Days dan 2012.
Mstar: Anda suka membaca? Buku apa yang anda gemari? :
Cikgu Mala: Saya suka baca buku agama dan perjuangan nasionalisme kerana di sini saya mendapat inspirasi untuk amalan kehidupan seharian.
Tok Ai: Majalah Asia Week, Civil War dan buku berkaitan politik seperti Kronologi Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Obama.
Mstar: Makanan kesukaan anda?
Cikgu Mala: Saya suka makan nasi goreng kampung dan ikan siakap masak stim.
Tok Ai: Ikan baung masak lemak cili api.
Mstar: Apakah yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?
Cikgu Mala: Saya suka membaca buku pada waktu lapang dan saya suka pergi sauna selepas melalui aktviti yang meletihkan. Namun disebabkan oleh jadual yang padat, saya hanya dapat tidur tiga jam sehari dan yang mengejutkan ini tidak langsung memenatkan saya kerana saya sentiasa teruja untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Tok Ai: Saya suka melancong dengan keluarga pada masa lapang. Antara tempat yang pernah saya lawati, Sydney, England, Ireland, Russia, Dhaka, Scotland dan Beijing.
Mstar: Sukan apa yang anda gemari?
Cikgu Mala: Saya suka bermain bola jaring dan aktif di sekolah. Saya juga suka menyaksikan pelajar saya bermain bola jaring ketika saya menjadi guru.
Tok Ai: Saya suka main golf dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Mstar: Adakah anda mempunyai nama samaran atau timbangan?
Cikgu Mala: Teman rapat dan ahli keluarga memanggil saya Nor tetapi sejak saya menjadi cikgu mereka panggil saya Cikgu Mala dan gelaran itu kekal hingga hari ini.
Tok Ai: Arwah ayah saya dulu Ketua Kampung. Ketika saya darjah lima, kawan-kawan dan orang kampung mula panggil saya, ‘Tok Ai’. Gelaran itu dipanggil kerana gabungan nama ayah sebagai ketua kampung, ‘Tok’ dan ‘Ai’ itu merujuk kepada saya sebagai anaknya. Sampai sekarang gelaran itu lekat pada saya.
Mstar: Bahasa yang anda kuasai?
Cikgu Mala: Selain Bahasa Malaysia. Saya boleh berbahasa Inggeris dan cakap bahasa Jawa. Selalunya saya lebih banyak bercakap dalam Bahasa Malaysia.
Tok Ai: Bahasa Melayu dan Inggeris.
Mstar: Anda mempunyai binatang peliharaan?
Cikgu Mala: Saya suka haiwan dan saya ada bela kucing namanya ‘Mickey’.
Tok Ai: Saya tak suka bela haiwan, tapi sejak anak saya suka bela sepasang kura-kura, ‘Lulu dan Lala’ saya jadi suka kepadanya.
Mstar: Siapakah idola anda?
Cikgu Mala: Idola saya, Nabi Muhammad SAW. Baginda sumber insipirasi kepada saya dan kegigihan, ketabahan serta kepayahan yang dihadapinya merupakan contoh kepada orang Islam.
Tok Ai: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya meminati gaya kepimpinan dan kebolehan beliau mentadbir negara selama lebih 21 tahun.
Mstar: Pelakon yang anda sukai?
Cikgu Mala: Saya suka P. Ramlee. Dia seorang legenda dan salah seorang artis tempatan yang paling berbakat kita pernah miliki.
Tok Ai: Kalau artis saya minat pelakon aksi, Steven Seagal.
Mstar: Perkara yang anda sukai tentang Malaysia?
Cikgu Mala: Kepelbagaian budaya, agama serta adat resam yang kita miliki. Kepelbagaian budaya dan masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa dan unik untuk dikunjungi.
Tok Ai: Saya suka tempat-tempat pelancongan menarik yang ada di Malaysia terutamanya taman negara, air terjun, pulau-pulau cantik seperti Pulau Langkawi.
Mstar: Perkara yang anda tidak suka tentang Malaysia pula?
Cikgu Mala: Satu faktor yang saya tidak suka tentang Malaysia ialah kita masih belum mempratikkan nilai demokrasi sebenar. Banyak yang masih boleh diperbaiki lagi dan kita sudah pasti akan bergerak ke arahnya.
Tok Ai: Sikap pentingkan diri sendiri terutamanya ketika memandu. Kalau di bandar kadang-kadangnya orangnya tidak peramah dan sombong.
Parti Islam SeMalaysia Pas membantah langkah kerajaan menarik balik pemberian subsidi tol 50 peratus kepada pengusaha bas ekspres sejak 15 Januari lalu, akibatnya pengusaha bas akan menaikkan tambang, ini akan membebankan rakyat bawahan yang memang sedia terbeban dengan kesempitan kewangan angkara rasuah, boros dan tidak berhemah oleh pemimpin BN. Pas mendesak kerajaan perlu mengkaji balik tindakan menarik semula diskaun tol kerana kepentingan rakyat berpendapatan rendah. Rakyat baru sahaja menerima bahana kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus kerana kenaikan harga minyak. Berapa peratus pula raPublish Post kyat perlu bayar tambang dengan penarikan diskaun tol nanti. Pas tidak mahu isu naik tambang bas ekspres, kerajaan akan marah kepada pengusaha bas. Pada hal mereka terpaksa berbuat demikian kerana kos meningkat. Pas yakin kerajaan terpaksa menarik balik diskaun tol kerana kerajaan sudah tidak ada wang, cuma berlagak macam orang kaya

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu untuk membolehkan ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.
Tidak dinafikan selama ini Malaysiakini dan beberapa portal berita lain mampu bertapak kerana 'jalan keluar'- berdasar ikrar Mahathir pada 1995 bahawa tiada penapisan akan dilakukan ke atas internet ketika melancarkan projek Korridor Raya Multimedia.
Pendirian Umno Selangor untuk tidak menyokong pindaan perlembagaan negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa Sultan menyerlahkan sikap sebenar parti tersebut terhadap institusi Raja-Raja Melayu.
Alasan Umno Selangor menolak pindaan Perlembagaan itu kerana kononnya ia akan memberi kuasa yang lebih luas kepada Menteri Besar disifatkan Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai melucukan. Ini kerana dalam konsep raja berperlembagaan tiada siapa yang mempunyai kuasa mutlak, baik Sultan mahupun Menteri Besar.
Dalam cadangan pindaan itu, Sultan bertindak sebagai agen semak dan imbang yakni menerima cadangan suruhanjaya tentang calon Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undangn Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri dan dalam masa yang sama mendengar nasihat Menteri Besar dalam isu itu.
Umno tidak mahu Menteri Besar memainkan peranan hanya kerana parti itu tidak lagi menguasai Selangor.
Keengganan Umno untuk menyokong pindaan Perlembagaan yang telah disembah maklum kepada Sultan juga menyerlahkan siapa sebenarnya pengkhianat dan perderhaka, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari terkejut dengan jaminan BN Selangor, Adun-adun mereka akan hadir ke sidang Dun 24 Januari ini, tetapi tidak akan menyokong usul pindaan perlembagaan negeri yang akan dibentangkan.
Sebelum ini, BN mencanangkan akan memboikot sidang tersebut tetapi apa yang melucukan kenyataan Timbalan Pengerusi Umno negeri, Dato’ Noh Omar, yang jelas tidak faham dan mengelirukan..Katanya, Noh mempertikaikan pindaan yang kononnya menunjukkan perkongsian kuasa antara Sultan dan Menteri itu mengengkari janji Pakatan Rakyat sendiri.
“Noh kena faham apa yang dikatakan pindaan itu sebenarnya mengembalikan peruntukan yang asal. Ertinya Noh tak baca peruntukan asal sebelum ia dipinda oleh Mike Tyson (Muhammad Muhd Taib) pada 1993 (yang memadam kuasa Sultan terus).
“Yang kedua Noh dan Umno tak faham konsep raja berperlembagaan di mana dalam proses perlantikan SUK ini tak siapa ada kuasa mutlak, baik Sultan mahupun Menteri Besar,” tegasnya kepada Harakah.
Dalam peruntukan asal - yang hendak dipulihkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ialah Sultan bertindak sebagai agen semak dan imbang yakni menerima cadangan suruhanjaya tentang calon SUK dan dalam masa yang sama mendengar nasihat Menteri Besar dalam isu itu.
Jelas Aziz lagi, semua ada bahagian dan peranan serta proses ini baik untuk menjaga dan mempertahankan kedudukan berkecuali dan profesional perkhidmatan awam.
“Ini yang Noh tak faham atau sengaja tak mahu faham. Noh masih tak mahu mengaku yang Umno mencuri kuasa Sultan tanpa pengetahuan raja kerana hendak membodek Tun Mahathir yang ketika itu meminda peruntukan imuniti Raja-raja Melayu.
“Umno tersepit. Kini cuba mengelak dari isu pokok yang sebenar yang mendedahkan tembelang mereka,” ujar beliau. Menurut Aziz, nasihat Menteri Besar penting kerana ia prinsip pokok demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
“Soalnya apakah Agong tidak perlu menerima nasihat Perdana Menteri? Jelas Umno tidak konsisten dan tidak faham perlembagaan. Undang-undang negeri dan Persekutuan prinsipnya sama.
Nampaknya Umno tidak mahu Menteri Besar memainkan peranan hanya kerana ia tidak lagi menguasai Selangor. Ini pelik,” tegas pensyarah kanan di UIAM itu.
Katanya, sikap dolak dalik dan memilih-milih undang-undang ini juga kelihatan dalam isu kerusi Dun Pelabuhan Kelang; seperti di Dun Kota Siputeh,
Umno jelas takut menghadapi tindakan rakyat yang melihat sikap malas Adun mereka.
Siaran Video Sidang Dun Pindaan Perlembagaan Negeri Selangor (clik disini)
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Tantawi menyifatkan kenyataan ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya mempertahankan Datin Seri Rosmah Mansor berkenaan penganjuran Islamic Fesyen Festival(IFF) sebagai keliru.
Dakwanya adalah sesuatu yang amat mendukacitakan, kerana yang pertama beliau menyedari dan mengetahui bahawa perkara itu adalah mungkar dan maksiat.
"Fathul mendakwa yang bersalah adalah penganjur dan Rosmah hanyalah penaung sahaja. Saya rasa beliaupun keliru dengan ucapannya sendiri. Sebagai seorang yang berilmu sudah tentu beliau menyedari pelaku dan penaung maksiat adalah sama. Sebab disana ada unsur subahat. Terutama penaung itu adalah pemimpin yang bergelar 'first lady' dalam negara.(meminjam Istilah yang didakwa Rosmah)," katanya.
Tambahnya lagi, sepatutnya ulama muda itu perlu menasihati Rosmah yang hadir bersama suaminya Datuk Seri Najib Razak dalam majlis Islamic Fesyen Festival tersebut.
"Bukan setakat hadir tetapi menyampaikan ucapan dan menyampaikan sumbangannya kepada penganjuran tersebut. Sudah tentulah ia perlu bertangggungjawab, mengapa perlu dibezakan di antara penganjur dan penaung. Saya rasa ini satu kenyataan yang tidak bertangggungjawab dari seseorang yang berilmu," ujarnya.
Berkata kepada TV Selangor, Nasaruddin juga mengingatkan Rosmah memang kenyataan ulama muda itu menyenang dan menyeronokkan beliau kerana membela tindakannya.
Tetapi yakinlah ulama seperti itu tidak membawa kebaikan kepada Rosmah kerana tidak berani menasihati dan menegurnya dari terlibat dalam program maksiat dan mungkar yang tidak menepati syariat Islam tetapi kononnya bersandar kepada Islam.
"Ini merupakan satu kesalahan besar dan satu jenayah dalam agama, iaitu mengistiharkan sesuatu yang tiada dalam agama sebagai agama. Sesuatu yang tidak datang dari Islam tetapi dikatakan Islam. Ini sesuatu yang serius," suaranya tegas.
Bercakap dakwaan bahawa golongan agama perlu menasihati penganjur mengapa perlu berbuat demikian sebelum memberi teguran. Nasaruddin, menjelaskan ulama muda itu menggunakan kaedah yang songsang.
Sepatutnya beliau kena tegur pihak penganjur sebelum melakukan sesuatu aktiviti mereka perlu tanya ulama dahulu, berkenaan hukum syariat sama ada ia dibenarkan, bercanggah atau pun tidak dengan Islam.
Bukan apabila mereka buat kemudian bertentangan dengan Islam kemudian orang bantah dan perlu tanya pula mengapa dia buat. Ini satu kaedah yang sonsang.
Kes ini menjadi besar kerana ia membabitkan pemimpin utama negara dan melibatkan kepentingan umum.
Sebelum ini Fathul Bari yang berucap kali pertama dalam perhimpunan agung Umno berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesuatu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak.
Beliau juga menyelar pembangkang kerana mengecam tindakan Rosmah menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.
Dakwanya, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.
Sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS diadakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah dalam penganjuran festival itu di Monte Carlo 9 Ogos lalu.
Demontrasi itu berlangsung di masjid-masjid di Pahang, Kuala Terangganu dan dua masjid di Pulau Pinang.
Seperti yang diumumkan, 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) diperuntukkan RM5 bilion pada tahun 2009 melalui penerbitan bon jaminan kerajaan. Baru-baru ini, 1MDB juga bercadang mendapatkan pinjaman tambahan sebanyak RM5 bilion. Pinjaman RM5 bilion baru ini tidak akan dijamin oleh kerajaan Malaysia secara langsung, malah akan diselesaikan melalui penerbitan beberapa bon sejumlah RM10 bilion yang disokong oleh kerajaan (state-backed bonds). Ini bermaksud 1MDB akan menanggung liabiliti jangka panjang sebanyak RM15 bilion menjelang tahun 2013. Jumlah itu 4 kali ganda besar jumlahnya berbanding dengan nilai bon yang dikeluarkan untuk projek Port Klang Free Zone (PKFZ), iaitu bernilai sekitar RM3.685 bilion. Kini bertiup kencang berita bahawa audit akaun untuk tahun fiskal yang sepatutnya berakhir pada Mac 2010 belum dapat dimuktamadkan. Terdapat spekulasi bahawa juruaudit enggan menandatangani akaun tersebut kerana terdapat banyak percanggahan. Lazimnya, juruaudit enggan menandatangani akaun yang diauditnya apabila wujud masalah serius dalam akaun tersebut. Oleh kerana jumlah yang membabitkan dana awam sebegitu besar, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjelaskan kepada khalayak samada berita mempunyai kebenaran atau tidak. Difahamkan berdasarkan kunci kira-kira (balance sheet), kenapakah 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) boleh mengaut keuntungan yang tidak diasingkan (unappropriated profit) sebanyak RM121.79 juta. Ianya menjadi satu tanda tanya apabila liabiliti bukan semasa (non-current liability) adalah sebanyak RM4.39 bilion sahaja dan bukan RM5 bilion seperti yang diumumkan oleh 1MDB. Ke mana hilangnya sejumlah RM610 juta? Kita difahamkan juga berdasarkan kunci kira-kira tersebut, pinjaman sejumlah RM37 juta diperlukan sedangkan deposit kategori aset semasa (Deposits with licensed financial institutions) adalah sebanyak RM782.12 juta. Lazminya, kategori aset semasa (current assets) merujuk kepada kategori di mana transaksi dapat dilakukan bila-bila masa dalam tempoh waktu kurang daripada 12 bulan. Sebaliknya, jika deposit kategori aset semasa tidak dapat digunakan untuk membuat pembayaran, bagaimana Other payables sebanyak RM99.43 juta dapat dibayar dengan Other receivables yang hanya berjumlah RM16.15 juta? Manakala itu kita difahamkan menurut penyata pendapatan pula, dana tersebut mendapat keuntungan sebanyak RM439.83 juta tetapi tidak pasti bagaimana sesebuah dana sebegitu boleh mendapat keuntungan tersebut. Biasanya ‘keuntungan’ diperoleh melalui pelaburan. Butiran hasil (Other income) diperlukan bagi menjawab persoalan-persoalan lain yang berkaitan. Di samping itu, apakah status pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan kepada 1MDB? Apakah kerajaan memberikan pengecualian sepenuh kepada 1MDB dan apakah rasional kerajaan dalam hal ini? Adakah item ini merujuk kepada status kewangan Terengganu Investment Authority Berhad sebelum bertukar nama kepada 1MDB? Pada 11 Jan 2010, kerajaan mengumumkan bahawa Yayasan 1MDB telah ditubuhkan bagi mengendalikan satu dana tanggungjawab sosial (CSR) yang bernilai RM100 juta. Adalah difahamkan juga, jumlah RM100 juta tersebut tidak muncul sama ada dalam penyata pendapatan atau kunci kira-kira. Semenjak 1MDB yang sebelum ini bergelar Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) diperkenalkan oleh pentadbiran Najib, pelbagai pertanyaan wujud berhubung peranan 1MDB, pelaburan 1MDB dan perkembangan-perkembangan berkaitan khususnya dalam peranan PetroSaudi dan jutawan bernama Jho Low. Apakah peranan Jho Low dalam 1MDB khususnya dalam projek pembangunan semula pangkalan Sungai Besi? PetroSaudi hanya dikenali ramai selepas penubuhan sebuah syarikat usaha sama bersama 1MDB dengan modal berjumlah AS$2.5 bilion (RM8.5 bilion). Akibat dari pengurusan yang tidak telus, makanya begitu banyak persoalan yang muncul. Ini mengingatkan kita kepada dengan penubuhan ValueCap yang bernilai RM10 bilion pada 2002. ValueCap tidak membawa sebarang makna selain memangkin segelintir syarikat sahaja dalam pasaran saham, mengulangi bentuk salah guna kuasa dan salah agih dana awam yang berlaku pada tahun 1997. Operasi ValueCap penuh dengan misteri (rahsia) sehingga orang ramai tidak mengetahui transaksi apakah yang telah dilakukan. Lebih-lebih lagi, ValueCap mendapatkan pinjaman daripada KWSP dengan kadar faedah rendah. Ini menimbulkan kebimbangan dana tersebut digunakan untuk menyelamatkan kroni besar dalam Bursa Malaysia. Kini kita khuatir dana awam yang disalurkan kepada 1MDB juga akan mengalami nasib yang sama sepertimana dengan beberapa usaha kononnya untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. Berselindung di sebalik hasrat yang dipamerkan sebagai satu langkah yang bermakna, akhirnya hanya menguntungkan segelintir sahaja dari kalangan mereka yang rapat dengan pemerintah. ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA
Copyright 2009 - lizamuslim
Blogspot Theme designed by: Lizamuslim, Lizamuslim.