lizamuslim

Hati ini telah bersatu, Berkumpul di perut bumiMu, Hati ini telah berpadu, Bersatu memikul beban dakwahMu, Hati ini telah mengikat setia, Untuk mendaulat untuk mendukung, SyariatMu di alam maya, Maka Ya Allah eratkanlah, Ikatan yang ada...





1. Negara kita masih menyaksikan kepincangan ketara dalam amalan demokrasi. Bukan sahaja dipentas politik negara malah kepincangan serupa turut melanda politik kampus. Bermula dari pengendalian sistem demokrasi yang berat sebelah, tidak adil dan tidak telus telah menimbulkan keresahan berpanjangan dari rakyat dalam negara kita. Saya percaya tragedi yang berlaku di UPM baru - baru ini pun bermula dari keresahan serupa yang turut dirasai oleh para mahasiswa.

2. Pada 10 November 2007 yang lalu, rakyat telah meledakkan kebangkitan menuntut sebuah demokrasi yang bersih dalam satu himpunan 100,000 rakyat yang dikenali sebagai himpunan BERSIH. Beberapa tuntutan yang telah dibuat dalam himpunan BERSIH yang pertama tempohari masih dibekukan begitu sahaja oleh pihak berwajib.

Antara tuntutan tersebut ialah :

Penggunaan Dakwat Kekal kepada pengundi

Pembersihan daftar Pemilih

Pemansuhan Undi POS

Kebebasan media


3. Saya melihat secara dekat perkembangan demokrasi dalam negara kita masih tidak benar - benar telus dan bebas dari sebarang manipulasi seperti undi pos yang masih diamalkan dalam sistem demokrasi negara kita. Malah undi pos benar - benar dijadikan tali hayat pihak pemerintah untuk mengekalkan survival kuasa mereka . Demikian juga kebebasan media yang kian parah.

4. Saya yakin seluruh rakyat dalam negara kita dapat saksikan kepincangan ini, apabila media elektronik dan cetak negara kita seperti RTM dan Utusan Malaysia serta Berita Harian diguna sepenuhnya secara tidak adil untuk berkempen sebelah pihak iaitu pihak UMNO dan BN sedang RTM dan Utusan Malaysia atau Berita Harian ini tidak pula diisytiharkan sebagai media rasmi atau buletin rasmi parti UMNO dan BN .

5. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mendesak dan merayu supaya kerajaan memberi perhatian serius terhadap perkara ini sebelum berlangsungnya pilihanraya umum ke 13 akan datang. Hanya keadilan , ketelusan dan kesaksamaan dalam sistem pengendalian demokrasi negara ini akan menjadi rakyat tenang dan akur menerima keputusan pilihanraya, samaada menang atau kalah. Andai sistem pengendalian demokrasi negara masih pincang dan dilihat terlalu banyak kelemahan di sana dan sini, keputusan pilihanraya akan mencetus rasa tidak puas hati dan menganggu kesejahteraan serta keharmonian rakyat .

6. Desakkan dan rayuan ini adalah serius. Kami sudah penat bertolak ansur dan bertarik tali dengan pihak kerajaan dalam menuntut keadilan serta ketelusan dalam sistem demokrasi negara ini. Sungguhpun kerajaan UMNO dan BN benar - benar nekad mahu mempertahankan survival kuasa dan pengaruh mereka , maka pertahankanlah ia dengan bermaruah dan berhemah. Iaitu melalui satu sistem pengendalian demokrasi yang telus, adil dan saksama. Bukan melalui sistem saingan demokrasi yang berat sebelah.

7. Kami memberi tempoh sehingga menjelang 1 Mei 2011 ini untuk kerajaan memberi komitmen lalu memulihkan sistem demokrasi pincang yang kita hadapi dalam negara kita hari ini. Andai desakan dan rayuan ini tidak dipeduli oleh pihak kerajaan, kami dari Dewan Pemuda PAS Malaysia telah memberi komitmen untuk menyahut seruan Yb Al Fadhil Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS bahawa satu lagi rally atau himpunan BERSIH digerakkan.

8. Kali ini, insyaallah saya percaya dan yakin, sekurang - kurangnya setengah juta rakyat [500,000] akan bangkit secara aman namun penuh tegas untuk memohon dan mendesak agar kerajaan mahu atau tidak mesti memastikan sistem pengendalian demokrasi negara benar - benar adil dan telus kepada semua parti yang bertanding dan melibatkan diri dalam pilihanraya.

9. Saya meletakkan jangkaan tarikh awal untuk BERSIH 2 ini ialah pada bulan June 2011 [ sabtu ] jika sekiranya menjelang 1 Mei 2011 ini, kerajaan masih gagal untuk meyakinkan rakyat dengan satu komitmen untuk memastikan sistem pengendalian demokrasi negara benar - benar dipulihkan serta bebas dari sebarang ruang manipulasi serta kepincangan.

10. Saya ulangi tanpa sikap teragak - agak demi kebaikan kepada seluruh rakyat dan negara agar kerajaan benar - benar serius dan memahami tuntutan kami sebagai rakyat dan anak - anak muda khasnya yang mahu menyaksikan perubahan besar berlaku dalam negara ini. Andai tuntutan diterima dan dilaksanakan , kami benar - benar mengucapkan terima kasih namun jika sebaliknya, berbanyak maaf kami pinta bahawa kami khasnya anak - anak muda, dengan Nama Allah swt Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Adil, akan bangkit sekali lagi menuntut hak kami sebagai rakyat yang merdeka pada bulan June 2011 dalam Himpunan 500K BERSIH 2 kelak .

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan.

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia





Di bawah ni temubual Mstar: kedua-dua calon PRK Tenang. Kedua-dua calon ditanya soalan yang sama walaupun masa dan tempat temuramah berbeza.

Temuramah ni dari satu sudut boleh dikira macam debat jugak sebab menggunakan soalan yang sama. Maksudnya, pembaca boleh menilai perbandingan antara dua calon tu dari jawapan yang depa bagi.
Mstar: Adakah anda mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook?

Cikgu Mala: Saya ada laman blog dan akaun Facebook. Saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk mengemaskini medium online ini. Kedua-duanya saya gunakan untuk berkomunikasi dengan masyarakat mengenai pandangan serta masalah mereka.

Tok Ai: Saya tidak mempunyai blog, tetapi saya mempunyai akaun Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan saya sejak enam bulan yang lalu.


Mstar: Adakah anda meminati apa-apa cabang seni?

Cikgu Mala: Saya tidak pernah belajar bermain apa-apa alat muzik tetapi saya suka dengar muzik nasyid kerana melodi dan liriknya memberi ketenangan kepada saya. Kumpulan nasyid yang saya gemari ialah, In Team dan Hijjaz.

Tok Ai: Kalau menari dengan main alat muzik rasanya tak ada. Tapi kalau menyanyi adalah, saya suka karaoke. Saya suka dengan muzik R&B.


Mstar: Adakah anda suka menonton wayang?

Cikgu Mala: Saya bukan kaki tengok wayang dan saya tak ada filem yang betul-betul saya minati. Ini disebabkan tugas saya sebagai seorang ibu dan sibuk dengan aktiviti parti menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menonton wayang.

Tok Ai: Kadang-kadang, saya suka menonton filem aksi terutamanya Die Hard 3, End of Days dan 2012.


Mstar: Anda suka membaca? Buku apa yang anda gemari? :

Cikgu Mala: Saya suka baca buku agama dan perjuangan nasionalisme kerana di sini saya mendapat inspirasi untuk amalan kehidupan seharian.

Tok Ai: Majalah Asia Week, Civil War dan buku berkaitan politik seperti Kronologi Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Obama.


Mstar: Makanan kesukaan anda?

Cikgu Mala: Saya suka makan nasi goreng kampung dan ikan siakap masak stim.

Tok Ai: Ikan baung masak lemak cili api.


Mstar: Apakah yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?

Cikgu Mala: Saya suka membaca buku pada waktu lapang dan saya suka pergi sauna selepas melalui aktviti yang meletihkan. Namun disebabkan oleh jadual yang padat, saya hanya dapat tidur tiga jam sehari dan yang mengejutkan ini tidak langsung memenatkan saya kerana saya sentiasa teruja untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Tok Ai: Saya suka melancong dengan keluarga pada masa lapang. Antara tempat yang pernah saya lawati, Sydney, England, Ireland, Russia, Dhaka, Scotland dan Beijing.


Mstar: Sukan apa yang anda gemari?

Cikgu Mala: Saya suka bermain bola jaring dan aktif di sekolah. Saya juga suka menyaksikan pelajar saya bermain bola jaring ketika saya menjadi guru.

Tok Ai: Saya suka main golf dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya seminggu sekali.


Mstar: Adakah anda mempunyai nama samaran atau timbangan?

Cikgu Mala: Teman rapat dan ahli keluarga memanggil saya Nor tetapi sejak saya menjadi cikgu mereka panggil saya Cikgu Mala dan gelaran itu kekal hingga hari ini.

Tok Ai: Arwah ayah saya dulu Ketua Kampung. Ketika saya darjah lima, kawan-kawan dan orang kampung mula panggil saya, ‘Tok Ai’. Gelaran itu dipanggil kerana gabungan nama ayah sebagai ketua kampung, ‘Tok’ dan ‘Ai’ itu merujuk kepada saya sebagai anaknya. Sampai sekarang gelaran itu lekat pada saya.


Mstar: Bahasa yang anda kuasai?

Cikgu Mala: Selain Bahasa Malaysia. Saya boleh berbahasa Inggeris dan cakap bahasa Jawa. Selalunya saya lebih banyak bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Tok Ai: Bahasa Melayu dan Inggeris.


Mstar: Anda mempunyai binatang peliharaan?

Cikgu Mala: Saya suka haiwan dan saya ada bela kucing namanya ‘Mickey’.

Tok Ai: Saya tak suka bela haiwan, tapi sejak anak saya suka bela sepasang kura-kura, ‘Lulu dan Lala’ saya jadi suka kepadanya.


Mstar: Siapakah idola anda?

Cikgu Mala: Idola saya, Nabi Muhammad SAW. Baginda sumber insipirasi kepada saya dan kegigihan, ketabahan serta kepayahan yang dihadapinya merupakan contoh kepada orang Islam.

Tok Ai: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya meminati gaya kepimpinan dan kebolehan beliau mentadbir negara selama lebih 21 tahun.


Mstar: Pelakon yang anda sukai?

Cikgu Mala: Saya suka P. Ramlee. Dia seorang legenda dan salah seorang artis tempatan yang paling berbakat kita pernah miliki.

Tok Ai: Kalau artis saya minat pelakon aksi, Steven Seagal.


Mstar: Perkara yang anda sukai tentang Malaysia?

Cikgu Mala: Kepelbagaian budaya, agama serta adat resam yang kita miliki. Kepelbagaian budaya dan masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa dan unik untuk dikunjungi.

Tok Ai: Saya suka tempat-tempat pelancongan menarik yang ada di Malaysia terutamanya taman negara, air terjun, pulau-pulau cantik seperti Pulau Langkawi.


Mstar: Perkara yang anda tidak suka tentang Malaysia pula?

Cikgu Mala: Satu faktor yang saya tidak suka tentang Malaysia ialah kita masih belum mempratikkan nilai demokrasi sebenar. Banyak yang masih boleh diperbaiki lagi dan kita sudah pasti akan bergerak ke arahnya.

Tok Ai: Sikap pentingkan diri sendiri terutamanya ketika memandu. Kalau di bandar kadang-kadangnya orangnya tidak peramah dan sombong.
sumber dari SINI dan SINI




Parti Islam SeMalaysia Pas membantah langkah kerajaan menarik balik pemberian subsidi tol 50 peratus kepada pengusaha bas ekspres sejak 15 Januari lalu, akibatnya pengusaha bas akan menaikkan tambang, ini akan membebankan rakyat bawahan yang memang sedia terbeban dengan kesempitan kewangan angkara rasuah, boros dan tidak berhemah oleh pemimpin BN.

Pas mendesak kerajaan perlu mengkaji balik tindakan menarik semula diskaun tol kerana kepentingan rakyat berpendapatan rendah. Rakyat baru sahaja menerima bahana kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus kerana kenaikan harga minyak. Berapa peratus pula raPublish Post

kyat perlu bayar tambang dengan penarikan diskaun tol nanti.

Pas tidak mahu isu naik tambang bas ekspres, kerajaan akan marah kepada pengusaha bas. Pada hal mereka terpaksa berbuat demikian kerana kos meningkat. Pas yakin kerajaan terpaksa menarik balik diskaun tol kerana kerajaan sudah tidak ada wang, cuma berlagak macam orang kaya




Semalam, Kementerian dalam Negeri mengumumkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 akan dijadikan lebih komprehensif dan tidak lagi terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu untuk membolehkan ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Tidak dinafikan selama ini Malaysiakini dan beberapa portal berita lain mampu bertapak kerana 'jalan keluar'- berdasar ikrar Mahathir pada 1995 bahawa tiada penapisan akan dilakukan ke atas internet ketika melancarkan projek Korridor Raya Multimedia.

Jika menjadi kenyataan, ia ibarat pukulan paku terakhir di keranda bagi kebebasan media di negara ini. Kebebasan meluahkan pendapat yang serba terbatas dinikmati di alam maya sejak 16 tahun lalu bakal berkubur.

Dengan perlesenan, kerajaan boleh mengenakan tekanan politik ke atas media di internet. Paling menggerunkan, menteri dalam negeri yang sebegitu berkuasa itu berhak mengisyitiharkan mana-mana lamanweb sebagai tapak haram. Lebih malang lagi, mengikut akta itu, keputusan menteri adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah.


Garis Panduan untuk Kawal
1. Kanun Keseksaan,
2. Akta Hasutan 1948,
3. Akta Penapisan Filem 2001,
4. Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984
5. Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 dan
6. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Khas untuk kawal semua media yang tak terkawal (pembangkang)


Pendirian Umno Selangor untuk tidak menyokong pindaan perlembagaan negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa Sultan menyerlahkan sikap sebenar parti tersebut terhadap institusi Raja-Raja Melayu.


Alasan Umno Selangor menolak pindaan Perlembagaan itu kerana kononnya ia akan memberi kuasa yang lebih luas kepada Menteri Besar disifatkan Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai melucukan. Ini kerana dalam konsep raja berperlembagaan tiada siapa yang mempunyai kuasa mutlak, baik Sultan mahupun Menteri Besar.


Dalam cadangan pindaan itu, Sultan bertindak sebagai agen semak dan imbang yakni menerima cadangan suruhanjaya tentang calon Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undangn Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri dan dalam masa yang sama mendengar nasihat Menteri Besar dalam isu itu.


Umno tidak mahu Menteri Besar memainkan peranan hanya kerana parti itu tidak lagi menguasai Selangor.


Keengganan Umno untuk menyokong pindaan Perlembagaan yang telah disembah maklum kepada Sultan juga menyerlahkan siapa sebenarnya pengkhianat dan perderhaka, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.


Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari terkejut dengan jaminan BN Selangor, Adun-adun mereka akan hadir ke sidang Dun 24 Januari ini, tetapi tidak akan menyokong usul pindaan perlembagaan negeri yang akan dibentangkan.


Sebelum ini, BN mencanangkan akan memboikot sidang tersebut tetapi apa yang melucukan kenyataan Timbalan Pengerusi Umno negeri, Dato’ Noh Omar, yang jelas tidak faham dan mengelirukan..Katanya, Noh mempertikaikan pindaan yang kononnya menunjukkan perkongsian kuasa antara Sultan dan Menteri itu mengengkari janji Pakatan Rakyat sendiri.


“Noh kena faham apa yang dikatakan pindaan itu sebenarnya mengembalikan peruntukan yang asal. Ertinya Noh tak baca peruntukan asal sebelum ia dipinda oleh Mike Tyson (Muhammad Muhd Taib) pada 1993 (yang memadam kuasa Sultan terus).


“Yang kedua Noh dan Umno tak faham konsep raja berperlembagaan di mana dalam proses perlantikan SUK ini tak siapa ada kuasa mutlak, baik Sultan mahupun Menteri Besar,” tegasnya kepada Harakah.


Dalam peruntukan asal - yang hendak dipulihkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ialah Sultan bertindak sebagai agen semak dan imbang yakni menerima cadangan suruhanjaya tentang calon SUK dan dalam masa yang sama mendengar nasihat Menteri Besar dalam isu itu.


Jelas Aziz lagi, semua ada bahagian dan peranan serta proses ini baik untuk menjaga dan mempertahankan kedudukan berkecuali dan profesional perkhidmatan awam.


“Ini yang Noh tak faham atau sengaja tak mahu faham. Noh masih tak mahu mengaku yang Umno mencuri kuasa Sultan tanpa pengetahuan raja kerana hendak membodek Tun Mahathir yang ketika itu meminda peruntukan imuniti Raja-raja Melayu.


“Umno tersepit. Kini cuba mengelak dari isu pokok yang sebenar yang mendedahkan tembelang mereka,” ujar beliau. Menurut Aziz, nasihat Menteri Besar penting kerana ia prinsip pokok demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.


“Soalnya apakah Agong tidak perlu menerima nasihat Perdana Menteri? Jelas Umno tidak konsisten dan tidak faham perlembagaan. Undang-undang negeri dan Persekutuan prinsipnya sama.


Nampaknya Umno tidak mahu Menteri Besar memainkan peranan hanya kerana ia tidak lagi menguasai Selangor. Ini pelik,” tegas pensyarah kanan di UIAM itu.


Katanya, sikap dolak dalik dan memilih-milih undang-undang ini juga kelihatan dalam isu kerusi Dun Pelabuhan Kelang; seperti di Dun Kota Siputeh,


Umno jelas takut menghadapi tindakan rakyat yang melihat sikap malas Adun mereka.



Siaran Video Sidang Dun Pindaan Perlembagaan Negeri Selangor (clik disini)


Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor Sebelum 1993



Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor Selepas 1993






Sokong Bersih 3

Tetamuku....

Blog Pilihanku...