lizamuslim

Hati ini telah bersatu, Berkumpul di perut bumiMu, Hati ini telah berpadu, Bersatu memikul beban dakwahMu, Hati ini telah mengikat setia, Untuk mendaulat untuk mendukung, SyariatMu di alam maya, Maka Ya Allah eratkanlah, Ikatan yang ada...


 
Jumlah belanjawan = RM233 B

Pendapatan = RM134.6 B: cukai langsung (RM102.3 B) & cukai tidak langsung (RM32.4 B).

Pendapatan bukan cukai = RM56.8 B, lesen & permit (RM13.9 B), pelaburan (RM36.7 B) dll (RM6.2 B)

Pendapatan keseluruhan = RM191.5 B.
 
Defisit = 3.5%
Anggaran = Pertumbuhan ekonomi 5.2%
 
Tujuh teras utama digariskan oleh belanjawan;
1) reformasi dan ketelusan GLC
2) membina daya saing ekonomi
3) mengangkat martabat wanita
4) hasil minyak untuk negeri
5) menurunkan harga kereta
6) reformasi membanteras jenayah
7) perumahan untuk rakyat.
 
Tawaran baru:-
1) Peruntukan RM3 B setiap tahun melalui Caruman Wanita Nasional.
2) Penubuhan syarikat minyak negeri antaranya PetroSabah, PetroTerengganu.
3) Reformasi GLC termasuk membubar 1MDB yang fungsinya bertindih dengan Khazanah.
4) Penubuhan Perbadanan Perumahan Negara bagi meyediakan rumah mampu milik secara besar-besaran.
5) Penurunan cukai eksasis kereta 20%, sistem bidaan AP terbuka sehingga 2015 sebelum ia dihapus.
6) Mengalih sumber manusia dan kewangan polis kepada membanteras jenayah & kenaikan gaji 5% kpd polis.
7) Kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan.


APA MUSLIHAT LAPORAN AUDIT DILEWATKAN?

7 Dzulka'edah 1433 H | 23 September 2012

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Pembangkang melihat tindakan Putrajaya sengaja melengah-lengahkan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2011, yang sepatutnya dibentangkan serentak ketika pembentangan Bajet 2013 pada Jumaat, 28 September ini adalah satu cubaan untuk mengelakkan pemimpin pembangkang merujuk kepada laporan audit berkenaan ketika pembentangan bajet.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan adalah sangat “tidak wajar” kerana beliau melihat tindakan itu sebagai taktik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno mengalihkan kesempatan ahli Parlimen membahaskan laporan kewangan tersebut.

“Ini sangat tidak wajar, kerajaan cuba alih kesempatan ahli Parlimen bahas laporan kewangan tersebut.

“Laporan itu sangat penting, ia menilai prestasi kewangan yang dikeluarkan Ketua Audit Negara,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Parlimen hari ini.

“Ini adalah taktik Umno-BN untuk elak ahli Parlimen melihat (laporan audit) ini dan menangguhkannya sehingga selepas belanjawan dibentangkan,” kata ahli Parlimen Permatang Pauh ini lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menegaskan laporan audit itu juga sengaja dilewatkan kerana kerajaan cuba untuk mengalihkan pandangan Ahli Parlimen daripada melihat fakta yang akan dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

“Laporan audit itu perlu keluar serentak dengan pembentangan bajet... kerajaan sengaja (ingin) menutup kelemahan dengan lengahkan bentang Laporan Ketua Audit Negara 2011, kata Azmin lagi.

“Maknanya kerajaan cuba alih pandangan ahli Parlimen daripada melihat fakta, laporan ini penting, kita tak mahu bahas dengan tuduhan tidak berasas,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini.

Jelas Azmin, laporan audit berkenaan akan mendedahkan sama ada prosedur kewangan negara dilaksanakan dengan betul atau terdapat salah guna kuasa, justeru beliau mempersoalkan tindakan kerajaan melengah-lengahkan pembentangan berkenaan.

“Saya lontarkan pertanyaan kepada (Datuk Seri) Nazri (Aziz) kenapa ini berlaku, kerana ia dilihat ada agenda tersembunyi sedangkan kerajaan yang. melaungkan ingin melakukan transformasi perlu lebih terbuka dan tidak menggunakan alasan untuk tutup kelemahan dan penyelewengan pada tempoh kewangan tahun lalu,” tegasnya lagi.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kepada pemberita:

“Laporan itu sudah siap. Namun, ia tidak akan dibentangkan di Dewan Rakyat serentak (dengan Belanjawan 2013) kerana laporan audit ini akan mempunyai lebih banyak berita daripada belanjawan.

“Jadi, apa yang akan kita laksanakan adalah laporan audit ini akan dibentangkan seminggu dua kemudian namun masih ada masa lagi untuk ahli Parlimen bahaskannya,” kata ahli Parlimen Padang Rengas itu lagi.

Laporan Ketua Audit Negara biasanya akan dibentangkan bersama-sama dengan belanjawan namun kerajaan telah melengahkannya tahun lalu, walaupun terdapat bantahan dan protes daripada pemimpin pembangkang.

Skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) juga turut didedahkan melalui laporan audit tersebut yang mana turut mengaitkan suami dan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil. - themalaysianinsider


Powered By Blogger

Blog Pilihanku...