lizamuslim

Hati ini telah bersatu, Berkumpul di perut bumiMu, Hati ini telah berpadu, Bersatu memikul beban dakwahMu, Hati ini telah mengikat setia, Untuk mendaulat untuk mendukung, SyariatMu di alam maya, Maka Ya Allah eratkanlah, Ikatan yang ada...




Selepas debat mengenai calon yang paling sesuai berlanjutan sehingga beberapa minggu, kepimpinan Umno terpaksa akur dengan kehendak akar umbi dan keperluan untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang di Negeri Sembilan. Pengumuman dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan presiden Umno sebentar tadi menunjukkan kemenangan di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang amat penting bagi Umno selepas tewas kesemua tujuh pilihan raya kecil di Semenanjung selepas Pilihan Raya Umum ke-12 Mac tahun lalu.

Usaha untuk membersihkan parti dan meletakkan calon yang bersih untuk memenangi semula sokongan rakyat terpaksa ditangguhkan dahulu. Pencalonan Isa itu juga menunjukkan ketidakupayaan kepimpinan Umno melawan ketua-ketua Umno yang berpengaruh seperti bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, yang membina kumpulan yang kuat sepanjang memerintah negeri kubu kuat Barisan Nasional itu.

Tindakan tidak mencalonkan Isa bakal mengundang boikot daripada ahli-ahli Umno akar umbi di negeri ini yang menyokong kuat Isa untuk kembali sebagai menteri besar akibat tidak senang dengan kepimpinan menteri besar hari ini, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Menjelang pengumuman calon, petanda buruk sekiranya Isa tidak dicalonkan mula kelihatan apabila muncul sepanduk-sepanduk memberi amaran boikot sekiranya Isa tidak dipilih sebagai calon Bagan Pinang. Bekas pemimpin Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad bersuara berkali-kali secara terbuka menentang pencalonan Tan Sri Isa Abdul Samad, tokoh yang terpalit dengan rasuah politik dan digantung oleh parti.



Mahathir walau bagaimanapun dalam satu kenyataannya mengaku Isa mampu menang di Bagan Pinang, menunjukkan sokongan meluas untuk ketua Umno Teluk Kemang itu. Berdasarkan tinjauan, Isa terus popular di Negeri Sembilan dalam kalangan Umno, menjadikan pencalonannya sebagai pertaruhan terbaik bagi Umno dan Barisan nasional untuk mencapai kemenangan di Bagan Pinang, walaupun terpaksa mengorbankan agenda membersihkan parti.

Isu ini, yang melalui debat yang agak panjang dan terbuka telah mendedahkan pergeseran dalaman Umno sejak beberapa minggu sebelum kempen bermula, memberi kelebihan untuk kempen pembangkang yang dijangka akan memberi fokus pada kelemahan calon parti lawan seperti dilakukan di Permatang Pasir pada Ramadhan lalu. Pencalonan Isa bakal memberi bahan kempen kepada pembangkang, tetapi pada masa sama menjadi penyatu Umno tempatan, sesuatu yang tidak diperolehi Umno dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini seperti Kuala Terengganu dan Permatang Pasir yang menyaksikan calon Umno mendatangkan liabiliti.

Pemilihan Isa sebagai calon ini menunjukkan Umno masih sukar untuk melakukan tindakan yang betul memilih calon yang bersih sekiranya tindakan itu bertembung dengan kepentingan kuasa. Isa yang memberi harapan kepada kempen umno di Bagan Pinang ini juga menenggelamkan lagi usaha Umno untuk memilih calon yang lebih bersih



Biodata Calon PAS :

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR

PROFESION: AHLI PERNIAGAAN

UMUR: 45 TAHUN

TARIKH LAHIR: 14/5/1964

KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)

NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK:6 ORANG

AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN

FARAH WAHIDAH 18 TAHUN

MOHAMAD FADLI 14 TAHUN

MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN

FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN

MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)

TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)

SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)

EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)

PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)

TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)

KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)

BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA

2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:

1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.

2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.

3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.

4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.

5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.

6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.



Biodata Calon UMNO:


Biodata: Tan Sri Isa Samad

1949: Born in Malacca

1973: Worked as a teacher in Seremban until 1978

1978: Won the Linggi state seat in Negri Sembilan. Was appointed state executive councillor until 1982

1982: Appointed Negri Sembilan mentri besar and served in that position for 22 years until 2004

2004: Won the Jempol parliamentary seat. Elected Umno vice--president.

2005: Appointed Federal Territories Minister but resigned the post within a year after being suspended by Umno for six years for involvement in money politics. However, the suspension was reduced to three years on appeal


Calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad berkata isu beliau terbabit dalam rasuah politik tidak berbangkit lagi kerana beliau telahpun menjalani hukuman penggantungan keahliannya dalam Umno selama tiga tahun.

Isa digantung selama tiga tahun mulai 24 Jun 2005 kerana rasuah politik kerana melanggar etika pemilihan pemilihan pucuk pimpinan Umno 2004.

Dalam pemilihan tersebut, Isa mendapat undi tertinggi untuk tiga jawatan naib presiden Umno, tetapi kemenangannya dibatalkan kerana didapati bersalah melanggar kod etika pemilihan.

Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Bercakap kepada pemberita selepas diumumkan sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Isa berkata, beliau juga bukannya melakukan satu kesalahan jenayah.

Sebaliknya, tegas bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, beliau melanggar kod etika sewaktu pemilihan pucuk pimpinan Umno.

"Itulah perkataan yang digunakan - kod etika pemilihan - saya telah menjalani hukuman (penggantungan keahlian) tiga tahun. (Jadi) perkara itu tidak berbangkit lagi," katanya.

Sebaliknya, kata Isa, mereka yang disabitkan dalam kesalahan jenayah masih diterima rakyat dan ada yang menjadi ketua menteri dan menteri.

Ditanya mengenai kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Isa tidak sepatutnya dipilih bertanding di Bagan Pinang kerana rekod rasuah politiknya, Isa hanya menjawab "Saya senyum".

Isa berkata, berdasarkan tahap sokongan yang ditunjukkan oleh akar umbi dan kempen yang akan dijalankan, beliau menjangka akan menang dengan majoriti lebih besar.

Ditanya perasaannya bertanding kerusi negeri selepas lama menjadi menteri kabinet, Isa berkata beliau menerima jatuh bangun dalam politik.

"Saya telah menjadi seorang menteri dan menteri besar, sekarang saya calon BN. Ianya ok kerana ini adalah satu perjuangan," kata Isa yang juga ketua Umno bahagian Teluk Kemang.

"Apabila parti memberi amanah kepada saya, maka tiada sebab bagi saya untuk menolaknya," katanya sambil menambah bahawa beliau gembira kerana dipilih untuk pertama kalinya bertanding mewakili kawasannya.

Isa mewakili kerusi DUN Linggi sejak 1978 dan pada 2004 beliau beralih bertanding kerusi parlimen Jempol dan kemudiannya
dilantik sebagai menteri wilayah persekutuan, jawatan kerajaan terakhir yang eliau sandang sebelum metelakkan jawatan pada tahun 2005, selepas keahliannya dalam Umno digantung selama tiga tahun atas kesalahan politik wang ketika bertanding jawatan naib presiden pada 2004.

Sebelum itu, Isa pernah bertanding jawatan-jawatan penting di peringkat pusat. Pada 1993, Isa bertanding jawatan ketua Pemuda Umno etapi tewas kepada Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Pada tahun berikutnya, Isa mencuba nasib pula bertanding jawatan naib presiden Umno tetapi tewas juga, sehinggalah memenangi jawatan naib presiden pada 2004 tetapi dibatalkan kerana politik wang.


Defisit bajet negara berlaku akibat kerajaan mengambil peranan utama daripada sektor swasta dalam usaha untuk merangsang dan memulihkan keyakinan rakyat dalam ekonomi semasa waktu sukar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata dalam keadaan kemelesetan, sektor swasta tidak berani untuk melabur jadi kerajaan perlu melabur lebih sedikit supaya dapat mengangkat keyakinan rakyat khasnya golongan pelabur tentang ekonomi.

"Falsafah negara kita tentang defisit bajet ialah dalam keadaan susah kita harus berbelanja lebih sedikit untuk membawa keyakinan terhadap sistem ekonomi kita," kata beliau kepada Bernama selepas Majlis Berbuka Puasa Unit Kerjasama Awam Swasta (3PU), Jabatan Perdana Menteri malam tadi.

Kerajaan mengunjurkan defisit bajet akan mencecah 7.6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini, paras tertinggi sejak 1987 berikutan pakej rangsangan fiskal bernilai RM67 bilion pada November tahun lepas dan Mac tahun ini.

Nor Mohamed berkata dalam keadaan susah negara harus berbelanja lebih sedikit dan apabila ini dilakukan, berlakulah defisit.

"Kita punya falsafah itu OK. Kemudian dalam keadaan ekonomi senang atau mewah kita kurangkan defisit dan kalau boleh kita bajet berimbang," katanya ketika diminta mengulas mengenai kaji selidik Laporan Melaksanakan Perniagaan 2010 oleh Forum Ekonomi Dunia minggu ini.

Dalam laporan tersebut, kedudukan Malaysia jatuh tiga anak tangga ke tempat ke-23 yang antara lain disebabkan oleh defisit bajet.

Misalnya, akibat daripada kesan ekonomi 1997/98, kerajaan terpaksa berbelanja lebih dan pada 2000 defisit bajet telah naik sedikit sehingga 5.5 peratus.

Tapi selepas ekonomi pulih kerajaan mengambil tindakan untuk menurunkan defisit tahun demi tahun daripada tahun 2000 sehingga 2007 dengan defisit bajet turun sehingga 3.2 peratus.

"Ini menunjukkan yang kita memang berhemat," katanya.

Nor Mohamed berkata dalam keadaan kemelesetan pada 2008 dan 2009 ini, kerajaan juga terpaksa berbelanja lebih sedikit dan apabila ekonomi kembali pulih defisit bajet akan diturunkan semula.

"Kita punya cara menguruskan ekonomi. Tak menjadi isu," katanya.

Oleh itu, pihak yang membuat laporan ini mengenai kedudukan Malaysia di Laporan Daya Saing Dunia perlu melihat rekod prestasi negara, kata beliau.

"Walaupun, kita berbelanja lebih sedikit dalam keadaan kemelesetan bila ekonomi pulih kita akan turunkan defisit.

"Kita akan mengambil pendekatan yang sama pada kali ini dan pada tahun-tahun yang akan datang jika ekonomi mengalami kemeleseten," katanya. BERNAMA

Sokong Bersih 3

Tetamuku....

Blog Pilihanku...