lizamuslim

Hati ini telah bersatu, Berkumpul di perut bumiMu, Hati ini telah berpadu, Bersatu memikul beban dakwahMu, Hati ini telah mengikat setia, Untuk mendaulat untuk mendukung, SyariatMu di alam maya, Maka Ya Allah eratkanlah, Ikatan yang ada...



Tahukah anda apa yg membunuh jiwa dan hati nurani manusia?


Iaitu kejahilan, kekufuran kerana ego merasa dirinya pandai dan sikap malas menimba ilmu.


Quran 11:46 jelas menyebut Allah tidak ingin melihat umatnya jahil.


Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil".


Sebab itulah Allah menurunkan kitab al-Quran - utk membasmi kejahilan manusia dan umatnya.


Quran 4:113

  Allah telah menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam), dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya. Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepada mu amatlah besar.


Ilmu adalah cahaya kehidupan, pintu kepada kematangan dan kebijaksaan. Ia adalah nadi kepada jiwa seseorang dan petrol utk sifat seseorg manusia.


Namun, semakin ramai antara kita yg malas menimba ilmu.


Ada yg henti membaca setelah mereka menjadi seseorang dlm masyarakat, kerana mereka ego, rasa mereka tahu semua perkara.


Ramai guru yg berhenti menimba ilmu baru kerana merasakan tiada ilmu lain diperlukan asalkan yg perlu utk diajar pd pelajar, akhirnya pelajarnya jg mengikut rentak yg sama, belajar sekadar perlu utk peperiksaan tanpa inisiatif menimba ilmu lain.


Ini termasuklah juga guru agama yg memberi kuliah dan pengikut yg hanya mendengar di masjid-masjid utk mendapatkan ilmu. Sekiranya guru tidak berkembang keluasan ilmunya, begitulah jg dgn pengikutnya...


Ingatlah perasaan gembira, tenang, bersyukur dan puas yg lahir dr hati setiap kali kita menimba ilmu baru. Itulah ganjaran istimewa dari Allah kepada mereka yg menimba ilmu. 


Setua-tua manusia, kita wajib memastikan nadi jiwa kita sentiasa hidup dengan menimba ilmu yg baru.


Setiap perkara, setiap situasi, setiap manusia walaupun berpuluh tahun muda daripada kita ada membawa ilmu yg boleh dipelajari - itulah kehebatan Allah dalam pengajarannya.


Oleh itu, jgn berhenti menimba ilmu. Teruskan menimba ilmu sehingga saat terakhir kita di muka bumi ini.


Sekadar perkongsian utk malam ini. SENYUM.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Powered By Blogger

Blog Pilihanku...