lizamuslim

Hati ini telah bersatu, Berkumpul di perut bumiMu, Hati ini telah berpadu, Bersatu memikul beban dakwahMu, Hati ini telah mengikat setia, Untuk mendaulat untuk mendukung, SyariatMu di alam maya, Maka Ya Allah eratkanlah, Ikatan yang ada...

Salam,


Sedikit selingan video student medic Mansurah, Mesir.....menarik


Alif H'ng

2009-06-22 15:58:55 Agensi Berita Xinhua China

Syarikat Biokejuruteraan Hualan Berhad China berjaya menghasilkan vaksin influenza A(H1N1) hari ini. Vaksin itu akan dijual dalam pasaran mulai pada bulan September.

Naib Ketua Pengurus Besar syarikat itu, Fan Pei berkata, vaksin itu perlu lulus ujian biologi dan biokimia selama 14 hari agar menjamin keselamatan dan khasiatnya. Pada bulan Julai ini, vaksin itu akan masuk proses klinikal pemantauan sebelum dipasarkan.

Kemaskini 4.36pm Penularan tempatan wabak selesema A (H1N1) terus berlaku dengan dua kes lagi disahkan hari ini, menjadikan jumlahnya 11 sejak kes awal seminggu lalu.

Jumlah tersebut, termasuk 10 kes import yang baru disahkan, menjadikan semuanya 80 kes di seluruh negara sejak 15 Mei lepas.

Satu daripada kes tersebut dilaporkan di Johor apabila seorang pelajar wanita 19 tahun yang pulang dari Melbourne disahkan positif.

Mangsa menaiki penerbangan Singapura SQ0238 yang mendarat di Changi dua hari lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata daripada keseluruhan kes terbaru, tiga melibatkan warga asing, Yaman (dua orang) dan Indonesia (1), manakala selebihnya rakyat
tempatan yang melawat di negara-negara terjejas dengan wabak
itu.

"Bilangan sekolah yang ditutup masih kekal empat sekolah dan tiga sekolah kekal diarah tutup satu daripada kelasya," katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa teknikal kebangsaan mengenai influenza A (H1N1) hari ini.

Bayi, pramugari dijangkiti

Dalam kenyataan hariannya di laman web Kementerian Kesihatan, Dr Mohd Ismail berkata dua kes penularan tempatan membabitkan pelajar warga Yaman, masing-masing 20 dan 22 tahun, yang dijangkiti daripada kes 63.

Kes terdahulu itu seorang warga Yaman, 24 tahun, yang datang melancong dari Bangkok pada 19 Jun menggunakan penerbangan AirAsia AK 342 (tempat duduk 18E) dan tiba di LCCT pada jam 6.15 petang.

Beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan disahkan positif, kelmarin.

Sementara dua rakannya, yang dikelaskan kes tempatan, pelajar yang mengikuti kelas bahasa Inggeris di Asian Life Skill Sdn Bhd di KLCC dan menginap di pangsapuri Vista Komanwel, Bukit Jalil.

Selain itu, seorang bayi lelaki berusia 6 bulan warganegara
Malaysia yang kini menginap di California, Amerika Syarikat pulang pada 19 Jun menaiki pesawat CX 873 dari California ke Hong Kong.

Mangsa termuda itu menukar pesawat CX 723 dari Hong Kong ke Malaysia, tiba di KLIA pada pukul 3.30 petang hari yang sama tanpa sebarang simptom.

Bayi itu mulai demam dan batuk keesokan harinya dan semalam disahkan positif, lalu dimasukan ke Hospital Sungai Buloh.

Sebuah lagi sekolah ditutup selama seminggu bagi mengekang penularan tempatan wabak selesema A (H1N1), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sebuah bilik darjah Seri Cempaka International School di Batu 9 Cheras semalam diarah ditutup apabila pelajarnya dijangkiti wabak tersebut.

Dua lagi kes tempatan dan lapan kes import disahkan hari ini, menjadikan jumlah kesemuanya kes influenza A (H1N1) di seluruh negara meningkat kepada 69 kes, lapor Bernama.

SRJK(C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SRK Assunta 2, Petaling Jaya telah ditutup masing-masing pada Ahad dan semalam.

Sementara tiga lagi sekolah diarah menutup masing-masing satu kelas: SMK Seksyen 9 di Shah Alam, SMK Damansara Utama di Petaling Jaya dan SM Wangsa Maju di Kuala Lumpur.


Kes ke 58, seorang pelajar perempuan warganegara Malaysia berumur 11 tahun yang merupakan kontak kepada kes ke 43.

Beliau adalah pelajar SRK Assunta 2 tetapi berlainan kelas dengan kes ke 43. Beliau telah mula mengalami demam, batuk dan sakit tekak mulai 21 Jun 2009, dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan disahkan positif pada 22 Jun 2009.

Beliau merupakan kes jangkitan tempatan ke 7. Sehubungan dengan ini telah terdapat 2 kes positif di kalangan pelajar di sekolah tersebut dan pihak Kementerian sedang mengambil langkah yang sewajarnya.

Buat masa ini dua buah sekolah iaitu SRJK(C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SRK Assunta 2, Petaling Jaya, telah ditutup bermula masing-masing pada 21 Jun 2009 dan 22 Jun 2009.
Sementara itu bagi Seri Cempaka International School, Batu 9 Cheras, Selangor; SMK Seksyen 9 Shah Alam dan SMK Damansara Utama, Petaling Jaya dimana satu kelas sahaja telah diarah tutup di sekolah masing-masing bermula 22 Jun 2009.

Semua penutupan ini dilaksanakan sehingga 27 Jun 2009. Manakala bagi SM Wangsa Maju, Kuala Lumpur, satu kelas juga diarah tutup sehingga 25 Jun 2009. Sehubungan dengan ini, semua ibubapa kepada pelajar-pelajar sekolah yang dinyatakan di atas diminta untuk memastikan anak-anak mereka berada di rumah dan tidak pergi ke tempat-tempat awam.
Manakala ibubapa dan ahli keluarga kepada anak-anak yang diletak dibawah home qurantine boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa. Walau bagaimana pun ibubapa dan ahli keluarga kepada kes yang disahkan positif hendaklah menjalani home quarantine seperti yang diarahkan oleh pihak Kementerian.

Kepada pelajar-pelajar dari sekolah terbabit sekiranya mengalami gejala demam dan tanda-tanda seperti batuk, sakit tekak dan selesema hendak segera mendapatkan rawatan di
hospital.

Maklumat terkini boleh diperolehi di bawah
Microsoft Word - 22 Jun 2009 Kenyataan Akhbar KPK Influenza a H1N1 -Final3[1] PEMBETULAN height="500" width="100%" > value="http://d.scribd.com/ScribdViewer.swf?document_id=16677238&access_key=key-2eupos4gikr240gl1k1o&page=1&version=1&viewMode=">


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.


Berikut adalah kenyataan penuh Mursyidul AM

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno."Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu,
saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Berikut Video Kenyataan TGNA


Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Mon | Jun 22, 09 | 3:02:54 pm MYT
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya./wann_


Selesema A(H1N1) [Influenza A(H1N1)]
Sila ke http://www.moh.gov.my/MohPortal/newsFull.jsp?action=load&id=450
(untuk pautan maklumat berikut)

RISALAH - Langkah Penting Pencegahan
- Cegah Influenza A(H1N1) - Jika Anda ke Luar Negara
- Influenza A(H1N1) Lindungi Diri Anda
- Etika Batuk : Bahasa Malaysia
- Pandemik Influenza : Pastikan tangan anda bersih

RISALAH - Maklumat Tambahan
- Influenza : Virus Influenza
- Pandemik Influenza : Soalan yang sering ditanya
- Pandemik Influenza : Apa yang anda perlu Tahu
- Pandemik Influenza : Penggunaan Penutup Mulut
- Petua pengendalian makanan yang selamat
- Avian Influenza : Apa yang anda perlu Tahu


Ahad Jun 21, 2009
KUALA LUMPUR: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson di sini akan ditutup selama seminggu selepas pelajar tahun lima sekolah itu yang disahkan positif influenza A (H1N1) didapati menyebarkan virus itu kepada dua rakan sekelasnya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Majlis Keselamatan Negara bersetuju menutup sekolah itu sehingga 26 Jun ini dan kira-kira 2,100 pelajar serta kakitangan sekolah dikuarantin di rumah.

Ketika mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat bersama pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sini hari ini, Liow berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Majlis Keselamatan Negara bersetuju supaya sekolah tersebut ditutup selama seminggu.

H1N1: 7 kes baru dicatatkan
Beliau berkata, dua lagi sekolah yang mencatatkan kes tersebut iaitu di Petaling Jaya dan Shah Alam hanya akan ditutup sekiranya pihaknya mendapati berlakunya penularan tempatan bagi wabak itu.

Terdahulu ketika merasmikan kempen kesedaran influenza A (H1N1) di Batu 11, Cheras, di sini yang dianjurkan oleh MCA Bahagian Serdang, Liow berkata beliau telah mencadangkan penutupan sekolah itu selepas mendapati berlakunya penularan tempatan.

"Kami berpendapat sekolah itu patut ditutup. Selagi berlaku kes penularan tempatan walaupun satu kes, kita mesti mengambil langkah berjaga-jaga dan menutup sekolah," katanya.

Sebanyak lapan lagi kes dilaporkan hari ini menjadikan kes keseluruhan yang dicatatkan setakat ini meningkat kepada 50 kes.

Ia melibatkan lima pelajar sekolah, tiga pelajar tahun lima SJK (C) Jalan Davidson, seorang pelajar tahun lima dari Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Assunta 2 Petaling Jaya dan seorang pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Shah Alam.

Katanya, kementerian akan melihat pelbagai kemungkinan dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan virus itu tidak merebak ke sekolah-sekolah lain.

"Kita tidak mahu timbul sebarang masalah di sekolah itu, jadi kita perlu pastikan keselamatan pelajar diutamakan," katanya.

Beliau berkata, garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan mencadangkan supaya sekolah itu ditutup jika berlaku penularan tempatan


dipetik daripada: www.PemudaGombak. com
PAS sekali-kali tidak akan sekali-kali bergabung dengan Umno dan menyifatkan ia sebagai memikul biawak hidup.

“Masalah bergabung dengan Umno tidak timbul, kerana bergabung dengan Umno yang ada masalah, yang ada rasuah dalaman, memerintah kerajaan yang rasuah, Umno yang politik wang, orang Melayu kata macam pikul biawak hidup”, tegas Tuan Guru Presiden PAS, Dato Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian di dalam majlis dialog anjuran Malaysian Overseas Forum, yang bertajuk ”Think: Islam Leads The Change”, di Corus Hotel, Hyde Park, Lancaster Gate, London pada 13 Jun lalu.

Beliau menjawab soalan para peserta dialog itu berkenaan soal Kerajaan Perpaduan dan kerjasama dengan Umno .

Beliau menjelaskan idea Kerajaan Perpaduan selepas usaha menubuhkan Kerajaan 16 September gagal apabila ahli-ahli parlimen BN tidak berani memberi undi tidak percaya kepada Perdana Menteri kerana risau akan kes-kes lama mereka dibongkar.

Namun kata beliau, idea ini hanyalah sesuai pada zaman pemerintahan Abdullah Badawi, tetapi tidak pada zaman pemerintahan Najib Tun Razak.

Malangnya, isu ini digembar-gemburkan oleh media untuk melaga-lagakan pimpinan-pimpinan PAS menjelang muktamar tetapi gagal, jelas Tuan Guru.

Dato Seri Presiden menjelaskan lagi bahawa muktamar PAS berjalan dengan jayanya tanpas sebarang masalah, sekalipun pihak media berusaha keras untuk memecahkan perpaduan di kalangan pimpinan PAS.

“Walaupun mereka (media) kata kita kecoh, kita bising tetapi kita tidak berkelahi. Kita bising-bising mesyuarat ni tidak berkelahi. Hal rumah tangga kita selesai. Dia tidak tahu dalaman kita, (dan) dalaman kita baik” kata Tuan Guru Presiden.

”Dia lalu tepi rumah, dia dengar kita bising-bising. Dia ingat kita bergaduh. (Sebenarnya) kita tidak bergaduh, kita cuma alih kerusi meja sahaja” katanya lagi yang disambut oleh gelak tawa hadirin yang hadir.

Tuan Guru Presiden membezakan situasi pemilihan di dalam PAS dengan Umno .

Di dalam PAS, calon-calon yang kalah dilantik kembali, seperti Dato’ Husam Musa dan Hj Mohd Sabu yang tewas di dalam pemilihan Naib Presiden.

Tidak seperti Umno , calon-calon yang kalah akan dicantas.

Forum dialog berkenaan boleh didapati di dalam laman web Youtube.com di http://www.youtube.com/user/har1011.

Tinjauan PemudaGombak. com mendapati, video berkenaan mempunyai sebanyak 9 siri yang diusahakan oleh sebuah pertubahan produksi bernama IHmediacs.

PemudaGombak. com juga mendapati, video-video ini mula diupload semenjak 3 hari lalu, dan telah mendapat tontonan hampir 2 ribu penonton sehingga entri ini ditulis.

Keseluruhan video tersebut boleh dilihat du URL tadi serta di dalam blog Malaysian Overseas Forum di http://malaysianoverseasforum.blogspot.com/2009/06/video-forum-di-london.html

Video yang paling mendapat sambutan ialah video Tuan Guru Dato’ Presiden menjawab soalan peserta yang berbunyi; ”Bolehkah Dato’ terangkan serba sedikit berkaitan ”Unity Government” dan mengapa PAS tidak mahu bekerjasama dengan Umno ?”.

Berikut adalah video tersebut;

Majlis yang sama turut diadakan pada 18 jun 2009 bertempat di Park-Inn Victoria Hotel, Manchester.




RABU, 17 JUN 2009 | 23 JAMADIL AKHIR 1430H
Ikhtilaf atau perbezaan pendapat adalah lumrah bagi manusia. Ia berlaku di kalangan para anbiya’, dan turut berlaku di kalangan para sahabat. Ia juga berlaku di zaman Rasulullah, sama ada sewaktu Baginda masih hidup apatah lagi setelah Baginda wafat.


Ikhtilaf berlaku dalam belbagai keadaan sama ada berpunca dari penafsiran sesuatu nas dalil yang mempunyai pelbagai makna, lahjah yang berbeza atau sudut pandangan seseorang. Namun ianya tidak pernah dianggap negatif dalam sejarah para ulama' sehingga terkeluar kata-kata mahsyur: “Perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah rahmat".

Kata-kata ini ditahkik oleh Dr Yusuf Qardhawi sebagai ‘la aslalah’ (tidak diketahui punca riwayat sebenar), kerana beliau melihat kalau perbezaan pendapat menjadi rahmat, bermakna muafakat adalah bala’, dan ini tentunya bertentangan dengan sifat Islam sebagai rahmat, serta dalil-dalil yang lain.

Saya tidak berhasrat membicarakan persoalan tersebut dari sudut tahqiq atau para perawi, tetapi ianya adalah mahsyur. Lantaran itu rahmat yang disebut dalam kata-kata itu tentulah lahir dari pelbagai natijah hasil ikhtilaf tersebut.

Para ulamak telah membuat huraian panjang lebar berhubung dengan persoalan adab dalam ikhtilaf. Namun adab hanya akan diikuti bila mana adanya tasawur yang jelas terhadap apa yang diikhtilafkan. Sebagai sebuah jamaah Islam, ikhtilaf hendaklah berjalan di atas landasan ukhuwah, bukan kebencian dan memandang rendah kepada sahabat. Ikhtilaf boleh berlaku di kalangan pimpinan dan pengikut demi memperkukuhkan jamaah, ia akan lahir setelah adanya sikap hormat kepada perbezaan pandangan, kerana kemampuan berfikir manusia tidak sama.


Dari sudut jamaah, kita terikat dengan akhlak dan adab jamaie, yang menuntut kita agar berlapang dada dengan perbezaan pendapat, dan tidak memaksa pandangan kita ke atas jamaah, kecuali dalam perkara yang terikat dengan nas yang bersifat qatie. Selagi ianya bersifat ijtihadi, maka ia terikat untuk dibahas, dibincang, diterima atau ditolak.

Sikap Tasaamuh (berlapang dada) dalam ikhtilaf sangat-sangat dituntut. Terkadang kita memandang baik kepada sesuatu perkara, sedangkan ianya tidak baik bagi kita, bahkan terkadang kita membenci sesuatu, sebaliknya ia baik bagi kita. Itulah yang diingatkan oleh Allah - “dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, tetapi ianya baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu mengasihi sesuatu, tetapi ia tidak baik bagi kamu; Allah mengetahui, sedangkan kamu sebenarnya tidak mengetahui."

Oleh kerana perkara masa depan adalah dalam ilmu Allah, maka setiap perbezaan pandangan hendaklah mengharapkan kebaikan dari Allah. Berlapang dadalah dengan perbezaan ini. Apatah lagi kalau kedua-duanya untuk kebaikan jamaah. Kita mempunyai saluran dalam melahirkan perbezaan pandangan, maka gunakan saluran parti bagi menyatakan perbezaan pandangan agar ia tidak merosakkan ukhuwah dalam jamaah.

Kita mempunyai pengikut yang ada kecenderungan tersendiri, sama ada untuk mengikuti pandangan seseorang atau membencinya. Kebencian ini akan memberi ruang kepada musuh untuk memasukkan jarum fitnah, yang boleh menjurus kepada hilangnya wala’ pada pimpinan sedangkan wala’ adalah rukun dalam jamaah.

Sebagai pimpinan kita tidak seharusnya meletakkan ahli dan pengikut dalam situasi serba salah, antara bersetuju dengan sesuatu pendapat dan pandangan atau sebaliknya. Kerana rasa bersalah yang wujud dalam diri ahli untuk menerima atau menolak sesuatu pandangan pimpinan, mendorong kepada dua situsi;

Apa orang lain akan kata kepadanya, dan sekiranya ia berlaku, ia mendatangkan kesan besar selepas itu. Tidak mustahil ada yang akan tersinggung, menyisih diri, merajuk dan seterusnya hilang dari jamaah
Menjadi golongan kecewa dengan apa yang berlaku dan terus mengambil sikap berdiam diri dari aktif dalam jamaah.


Kedua-dua situasi ini tidak menguntungkan jamaah dan paling besar merugikannya bila mana ia mengadap Allah di akhirat. Lantaran itu, ikhtilaf hendaklah di dalam lingkungan adab berjamaah, ia dikawal dari sikap melampau, membuka ruang kepada musuh, apatah lagi menjerumus kepada hilangnya sikap hormat, kecewa, dan tidak memperdulikan jamaah.

Awasi perangkap musuh yang membesar-besar perbezaan pendapat, meracuni pemikiran ahli agar hilang wala’ pada pimpinan, dan memberi peluru kepada musuh untuk merosakkan jamaah.

Semoga Allah memelihara kita dari fitnah ini.


Idris Ahmad
Thu | Jun 18, 09 | 9:20:58 pm MYT
SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.

Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.

Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Bersandarkan nas syara'

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.

Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.

Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat_


Posted by MisbahulMunir
PAS berhadapan dengan kemelut dalaman parti yang tidaklah serius dan separah masalah dalaman UMNO sebagaimana yang cuba digambarkan oleh media arus perdana. Perbezaan pendapat antara pimpinan parti bukan bermakna PAS telah berpecah belah. Kemelut dalaman parti ini hanyalah krisis pemikiran antara pimpinan tertinggi parti akibat isu Kerajaan Perpaduan.

Krisis pemikiran yang berlaku semakin berlarutan akibat masing-masing pimpinan menjadikan media sebagai saluran mempertahankan pandangan, sepatutnya perbezaan pendapat dalam perkara-perkara besar seumpaman ini dibincangkan dan diutarakan dalam muzakarah dan mesyuarat dalaman parti.

Selain itu, UMNO melalui media sememangnya menunggu peluang ini, perbezaan pendapat antara pimpinan PAS dibesar-besarkan oleh media arus perdana. Pimpinan UMNO kononnya menyokong pendapat sebelah pihak dengan pujian yang melambung, selama ini tidak ada pimpinan tertinggi UMNO memuji sebegitu rupa. Tujuan pujian hanyalah untuk mengeruhkan keadaan, ini yang UMNO mahu. Dalam keadaan UMNO semakin ditolak oleh rakyat, manakala Pakatan Rakyat semakin disenangi oleh rakyat, peluang seumpama inilah yang ditunggu oleh UMNO.

Berhadapan dengan kemelut pemikiran ini, sebagai ahli dan penyokong PAS, sewajarnya kita menjadi pendengar yang baik. Kita tidak boleh terus terburu-buru menghukum mana-mana pihak yang pandangannya berbeza dengan kita. Itu sikap yang tidak adil.

Kita wajar bahkan wajib mengikuti perkembangan dengan teliti, mendengar dari sumber-sumber yang dipercayai, pandangan kedua-dua pihak hendaklah sama-sama kita dengar, kemudian diteliti. Jauhi dari mendengar dari pandangan pihak ketiga, apatah lagi media-media cetak atau media elektronik, lebih-lebih lagi bloggers yang berat sebelah.

Membaca dan mendengar bagi mengikuti perkembangan adalah baik, tetapi jangan cuba mengulasnya kalau maklumat yang kita perolehi samar-samar dan ragu-ragu, sekalipun maklumat itu benar dari sumber yang dipercayai, kalau ingin mengulas, ulaslah dengan cermat dan adil bukannya menjadi batu api atau semakin mengeruhkan keadaan.

Buat masa ini, lebih baik kita ikuti sahaja perkembangan. Anggaplah pandangan-pandangan pimpinan yang berbeza dalam isu ini ada asas dan hujjah masing-masing, kita boleh ikuti dengan penuh minat, teliti, tertib dan beradab. Buat sementara waktu, elakkan dari memihak.

Di samping itu, kita sangat mengharap supaya pimpinan tertinggi parti mencari jalan terbaik menyelesaikan isu ini melalui muzakarah, semua pihak hentikan dari membuat kenyataan melalui media walaupun media rasmi parti. Ceramah-ceramah PAS juga bukan medan terbaik menjelaskan isu ini, ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Mesyuarat khas parti hendaklah segera diadakan bagi membincangakan isu. Semua pimpinan mesti memberi pandangan dan sikap terhadap isu ini.

Sekiranya peringkat pimpinan juga tidak boleh menyelesaikan isu ini, Muktamar Khas parti hendaklah segera diadakan. Serahkan kepada Muktamar bagi membuat keputusan terhadap kemelut dan krisis pemikiran ini. Sebagaimana dalam perlembagaan PAS, Muktamar adalah kuasa tertinggi dalam memutuskan suatu perkara yang tidak mampu diselesaikan sebagaimana proses biasa.

Ketika inilah, kita berhak menyokong mana-mana pandangan yang berdasarkan penelitian kita, pandangan itu benar dan betul. Ahli parti hendaklah patuh dengan keputusan Muktamar walaupun boleh jadi pandangan kita berbeza dengan keputusan Muktamar. Disiplin dan akhlak berjamaah hendaklah menjadi amalan, Insya Allah PAS tidak akan mengulangi sejarah lampau dengan perpecahan yang akhirnya wujud parti baru.


Jangkitan selesema A (H1N1) semakin serius di negara ini, susulan berlakunya penularan wabak tersebut di peringkat tempatan yang pertama pada pesakit ke-19 daripada 23 kes, sejak sebulan lalu.

Pesakit berkenaan, seorang pelajar perempuan 17 tahun, dijangkiti daripada pesakit ke-12 akibat kegagalan kuarantin apabila tidak memaklumkan pernah berhubung dengan pelajar perubatan kes terdahulu.

Akibatnya, menurut satu kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini, kegagalan itu menyebabkan 20 orang lagi berkemungkinan terdedah kepada jangkitan H1N1.

Kementerian juga memaklumkan bahawa lima lagi kes influenza itu dikesan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

"Salah satu dari kes yang disahkan positif Influenza A (H1N1) adalah kes penularan tempatan yang pertama berlaku di negara ini," kata Ketua Pengarah kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

"Kes pertama penularan tempatan (kes ke-19) adalah seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun, warganegara Malaysia yang tidak mempunyai sejarah melawat negara (asing) yang telah diisytiharkan berlaku wabak Influenza A(H1N1).

"Beliau telah mula menunjukkan simptom batuk dan selesema pada 14 Jun 2009 jam 9 malam, dan mula demam pada keesokan harinya. Pada pagi 15 Jun 2009, kes telah pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya seterusnya dirujuk ke Hospital Sungai Buloh jam 10.00 pagi.

"Semasa penyiasatan, kes ke-19 melaporkan bahawa beliau adalah kontak kepada kes ke-12 iaitu pelajar perubatan yang telah disahkan positif Influenza A(H1N1) pada 13 Jun 2009.

"Namun sebelum ini beliau tidak pernah diisytiharkan sebagai salah seorang kontak kepada kes ke-12.

"Ini menyebabkan pengawasan dan kuarantin awal ke atas kes ke-19 ini gagal dilakukan dan menyebabkan 20 orang lagi (kontak) terdedah kepada jangkitan influenza A(H1N1)."

Dr Mohd Ismail menambah, sangat penting semua kes yang disahkan
positif H1N1 memberikan maklumat lengkap supaya pengawasan dan kuarantin awal dapat dilakukan kepada semua orang yang pernah berhubung dengan mangsa, seterusnya mengelakkan risiko penularan kepada orang lain.

"Tindakan undang-undang bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 boleh diambil sekiranya mereka gagal memberikan maklumat yang lengkap," katanya.

Tambahnya lagi, sesuai dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kejadian Influenza A(H1N1) bil. 5/2009, kementerian juga mengeluarkan arahan seperti berikut:

Orang awam tidak digalakkan untuk melawat hospital. Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun dilarang pergi atau dibawa melawat ke hospital kecuali untuk mendapatkan rawatan.

Setiap pesakit hanya dibenarkan menerima dua orang pelawat berumur lebih 12 tahun pada satu-satu masa. Masa lawatan di hospital kerajaan dan swasta akan dipendekkan.

Saringan demam akan dilakukan kepada semua pelawat yang
datang melawat pesakit di semua hospital kerajaan dan swasta.

Kementerian Kesihatan juga memohon kerjasama kepada penumpang, anak kapal dan kontak kepada kes agar menghubungi melalui talian 03-88 81 02 00 atau 03-88 81 03 00 untuk mendapatkan nasihat kesihatan termasuk keperluan kuarantin di rumah.


Berikut sedutan tambahan kenyataan Dr Mohd Ismail:

Kes ke-20 merupakan seorang pelajar lelaki universiti awam
tempatan berusia 23 tahun yang telah membuat lawatan sambil belajar bersama-sama 12 orang pelajar dan pensyarah selama tujuh hari di Melbourne, Australia semenjak 7 Jun 2009.

Beliau pulang dari Melbourne dengan penerbangan Air Asia X D7 2723 (tempat duduk 37J) dan sampai di LCCT pada 14 Jun 2009 jam 7.15 pagi.

Turut berada dalam penerbangan ini adalah kes ke-17 (tempat duduk
barisan 5) yang telah disahkan positif influenza A(H1N1) pada 15 Jun
2009 yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Kes ini mula menunjukkan simptom demam pada 14 Jun, jam 12.00
tengahari (5 jam selepas mendarat) dan hanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta pada 15 Jun 2009 jam 9 pagi.

Beliau seterusnya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk penyiasatan dan rawatan lanjut.

Beliau telah disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 16 Jun 2009 jam 6.00 petang dan rawatan antiviral telah pun dimulakan.

Kementerian Kesihatan sedang mengesan 37 kontak kes (penumpang kapal terbang, rombongan lawatan dan anak saudara) dan juga
anggota klinik swasta terlibat untuk dikuarantin.

Kes ke-21 adalah pelajar perubatan salah sebuah universiti di
Melbourne berusia 20 tahun yang pulang bercuti ke Malaysia dengan
penerbangan Malaysia MH 128 (tempat duduk 20K) dan sampai di KLIA pada 16 Jun 2009 jam 6.00 pagi.

Pesakit didapati demam semasa tiba di KLIA dan terus dirujuk ke Hospital Sg Buloh untuk penyiasatan dan disahkan positif influenza A(H1N1) pada jam 6.30 pagi ini.

Penyiasatan lanjut menunjukkan bahawa beliau mula menunjukkan gejala influenza pada 15 Jun 2009. Pada masa ini beliau dalam keadaan stabil dan sedang diberikan rawatan antivirus.

Kes ke-22 adalah lelaki berusia 54 tahun yang mempunyai sejarah
perjalanan ke Manila atas urusan perniagaan pada 9 Jun 2009, selama tiga hari.

Beliau pulang melalui penerbangan Malaysia MH 705 (tempat duduk 32H) dan sampai di KLIA pada 12 Jun 2009 jam 8.25 malam.

Beliau mula mendapat simptom demam, batuk dan sakit kepala pada 14 Jun 2009 dan mendapatkan rawatan di salah sebuah klinik swasta pada 15 Jun 2009 tetapi tidak dirujuk ke hospital untuk penyiasatan dan rawatan lanjut.

Beliau telah datang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 16 Jun 2009, jam 9.00 pagi dan seterusnya dirujuk dengan ambulans ke Hospital Kuala Lumpur pada pagi yang sama.

Beliau telah disahkan positif pada jam 6.30 pagi ini. Seramai tiga (orang) kontak beliau terdiri daripada isteri dan anak-anak sedang dikuarantin di rumah.

Merujuk kes ke-22 ini, Kementerian Kesihatan ingin memberi peringatan tegas kepada semua klinik dan hospital swasta agar
merujuk semua pesakit yang baru pulang dari negara-negara terlibat influenza A(H1N1) dan mempunyai gejala influenza ke hospital dengan segera untuk penyiasatan lanjut.

Kegagalan mereka mengambil tindakan sedemikian amatlah dikesalkan kerana ia membawa risiko penularan tempatan influenza A(H1N1) di Malaysia.

Kes ke-23 adalah pelajar perempuan warga Malaysia berusia 22 tahun, datang dari Melbourne melalui penerbangan Air Asia X D7 2723 (tempat duduk 37J) dan sampai di LCCT pada 14 Jun 2009 jam
7.15 pagi.

Kes telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 16 Jun 2009 dan disahkan positif influenza A(H1N1) pada jam 9.30 pagi hari ini.

Buat masa ini, sejumlah 13 kes daripada 23 kes yang disahkan positif influenza A(H1N1) masih dalam rawatan di: Hospital Sungai Buloh (5 kes), Hospital Kuala Lumpur (3), Hospital Pulau Pinang (1), Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang (1), Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (1), Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah (1) dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (1).

Kesemua diberikan rawatan antivirus dan dalam keadaan stabil.


>>> Kenyataan lengkap di laman web kementerian.

"KERIS BERDARAH CINA" : NAJIB NAFI DAKWAAN KARPAL
oleh MEDIA BYPASS (laporan dipetik dari web akhbar Cina)
bypass308.blogspot.com

SERIUS, GEMPAR DAN TERKEJUT BERUK
"semasa ops lalang pada tahun 1987, adakah YB pernah sebut YB tidak akan simpan keris kecuali keris ini dapat rasa darah orang Cina?" Ini bukan cerita main-main, inilah soalan yang diajukan karpal sigh dalam dewan rakyat hari ini.

dengan bukan main-main juga, orang yang diajukan soalan tersebut, yang 1Malaysia sanjung, PM ds Najib berkata, "Perkara ini tidak pernah berlaku, saya tak pernah buat kenyataan seperti yang dikatakan oleh YB, oleh itu yang harus minta maaf bukan saya, tetapi beliau sendiri (karpal)."

ramai yang terkejut beruk apabila karpal ungkitkan soalan pasal peristiwa 22 tahun lalu, siapalah yang masih ingat, kalau masa tu ada akhbar laporkan ungkapan sedemikian, memang najib tak boleh nafi.

tapi karpal pun janganlah ingat najib dah nyanyok, nak buat tuduhan melampau sebegitu, sepatutnya masa nak tanya tu kenalah bawa sekali bukti yang ada, bukan tanya untuk sedap mulut je. lagi pun ni soalan jenis sensitif yang kalau silap langkah boleh cetus macam-macam insiden tak senang.

bagaimanapun, lim kit siang yang juga salah seorang tahanan ops lalang memberitahu bahawa menurut satu catatan dewan rakyat pada 3.3.1988 memang ada catatan yang menunjukkan Pada 17.10.1987, pada satu perhimpunan yang diketuai Najib selaku ketua pemuda umno ada menampilkan kain rentang yang tertulis ayat bermaksud merahkan keris dengan darah orang Cina.

pm ds najib menafikan beliau ada perkatakan soal "darah cina" dan "keris" seperti didakwa karpal, oleh itu beliau tidak perlu mohon maaf kepada masyarakat Cina. sebaliknya beliau kata karpal lah yang sepatutnya minta maaf.

dicatat oleh drs. khalil idham lim

Assalamualaikum,



Mula mengerti maksud cap ayam ini.... Barulah aku tahu bagi orang Terengganu, sekiranya sesuatu itu tiada standard dan sangat lekeh, maka dilabelkan cap ayam. Lepas itu Dr. Lo' Lo' pula buat satu posting mengenai stadium cap ayam yang roboh di Terengganu. Beliau mempersoalkan samada konsultan ke yang cap ayam, atau kerajaan ke yang cap ayam.

Yang sahnya ialah stadium di Terengganu runtuh. Ada juga orang yang ingin mempertahankan kerajaan Terengganu, kerana kata mereka Jaya Supermarket pun runtuh. Bezanya ialah jaya supermarket memang hendak diruntuhkan, cuma prosedur sahaja yang mungkin tidak betul. Stadium di Terengganu bukan hendak diruntuhkan, tetapi ia runtuh atas sebab yang masih belum diumumkan.

Jadi unsur cap ayam itu saya rasa memang ada. Di mana letaknya cap ayam itu anda kena nilai sendiri. Yang pasti ialah wang jutaan ringgit lebur sahaja bersama leburnya stadium tersebut. Bayaran telah dibuat.

Kontraktor telah terima bayaran. Konsultan telah terima bayaran. Sub kontraktor sudah terima bayaran. Segala yang perlu menerima bayaran telah terima bayaran. Wang rakyat Terenggau telah melayang. Cuma rakyat Terengganu sahaja yang melopong.

Tahap kehidupan masih lagi jauh tertinggal berbanding dengan negeri negeri lain. Kos kehidupan tinggi berbanding dengan negeri negeri lain yang juga setaraf dengannya. Royalti minyak rakyat hanya dengar deringan duitnya sahaja. Wang ehsan pun rakyat tidak pernah lihat.

Yang rakyat dapat lihat ialah runtuhnya stadium.

Yang rakyat dapat ialah menghirup debu stadium yang runtuh.

Posted by Hamirdin b Ithnin



Tanhniah kepada Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kekal sebagai Presiden Republik Islam Iran. Kalau dekat di hati rakyat pasti akan disanjungi dan disayangi rakyat. Ini lah dia pemimpin rakyat yang tiada tolok bandingan nyer yang patut dijadikan contoh.


Al-fadhil ustaz Dr. Fathi Yakan telah meninggalkan kita pagi tadi.. Lahir pada tahun 1933 dan wafat pd hari ini berumor 76 tahun... Sungguh besar jasanya dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah.. Sila lihat web ikhwan jordan utk kesahihan berita tersebut.. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada' : http://www.ikhwan-jor.com/.

Pemergiannya meninggalkan satu sumbangan yang sangat besar dalam dunia pentarbiyahan pejuang Islam. Antara bukunya, 'Maza Yakni Intima'i Lil Islam' ( Apa Erti Saya Menganut Islam ) dan 'Almutasaqitun 'ala toriqidda'wah' (Golongan yg tercicir di jalan dakwah) menjadi antara sumber rujukan utama usrah di pelbagai peringkat masyarakat.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.Al-fatihah...


Jimadie Shah Othman | Jun 13, 09 1:45pm

Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini, Anwar berkata, Zaid juga akan dilantik sebagai anggota biro politik PKR.

Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR.

Zaid, tambahnya merupakan seorang yang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia.

Anwar yang juga ketua pembangkang, turut menganggap penyertaan Zaid itu sebagai satu langkah positif kepada PKR dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Jimadie Shah Othman | Jun 12, 09 4:55pm
Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bersetuju dengan gesaan PAS supaya pertubuhan wanita terkenal Sisters ini Islam (SIS) disiasat berhubung dakwaan menggugat akidah Islam.

"Saya setuju dibuat siasatan (terhadap SIS)," katanya, sambil menyifatkan usul yang diluluskan di muktamar PAS itu "bagus".

Harussani, seorang anggota Majlis Fatwa Kebangsaan, berkata terdapat beberapa tafsiran SIS, antaranya berkaitan isu poligami dan pembahagian harta pusaka berbeza dengan pandangan sedia ada.

"Saya baca-baca (kenyataan SIS), nampak lain sikit, buang (membelakangkan) ayat al-Quran (dalam dua isu ini)," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Ditanya sama ada beliau akan membawa cadangan menyiasat SIS untuk dibincangkan dalam muzakarah majlis fatwa yang akan datang, Harussani berkata:

"Ada bahagian kajian di Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Kertas (kajian) patut dikemukakan mereka terlebih dahulu.

"Hendak bermuzakarah mestilah ada kertas."

Tambahnya, dalam Islam, merumuskan sesuatu hukum "tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa."

Walaupun pihak lain seperti mufti boleh membentangkan kertas mereka sendiri untuk dibincangkan, tambahnya, lebih baik kemudahan dan kepakaran Jakim digunakan bagi tujuan itu.

Ahad lalu, usul yang dibawa PAS Shah Alam diterima tanpa bahas di hari terakhir di muktamar ke-55 berbunyi, antara lain:

"(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.

"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya."

Menurut usul itu juga, aliran dan pandangan yang dibawa oleh SIS didakwa boleh mengelirukan masyarakat dan pemikiran SIS didakwa "mudah meresapi pemikiran dan meracuni akidah umat Islam" terutamanya golongan muda dan golongan yang berpendidikan sekular.

Gesaan menyiasat dan mengharamkan SIS antara 12 usul yang diterima tanpa bahas di muktamar tersebut.

Ia bagaimanapun mendapat bantahan meluas daripada pemimpin-pemimpin Pakatan, yang disertai PAS, dan sejumlah NGO.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga membantah cadangan tersebut.

PAS Shah Alam semalam menyatakan hasratnya untuk menarik balik sebahagian perkataan dalam usul tersebut, antaranya "mengharamkan", dengan alasan ia tidak sempat dimuktamadkan sebelum dibawa ke mukamar.

Yang Dipertuanya, Khalid Samad dijadual mengadakan sidang akhbar 2 petang Ahad ini bagi menjelaskan lagi kontroversi usul tersebut.



Presiden Pas Tuan Guru Dato Seri Hj. Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan saf kepimpinan Pas yang baru. Di peringkat negeri tidak banyak perubahan yang berlaku bagi jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri. Seperti yang dijangka dua tokoh kanan Pas yang tidak terpilih dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden dilantik menganggotai AJK Pas Pusat.

Pelantikan Datuk Paduka Husam Musa dan Hj. Muhd. Sabu oleh YB Presiden sekaligus menepis segala tohmahan oleh media dan pemimpin Umno bahawa Pas sedang mengalami pergolakan dan perpecahan kononnya di antara kumpulan golongan Erdogan dan Ulama.

Di sini jelas menunjukkan tidak wujud politik dendam atau sebarang unsur yang tidak sihat di dalam Pas seperti yang berlaku dalam Umno dan komponen BN yang lain. Misalnya lihatlah balasan yang diterima oleh Khairy Jamaludin dan ramai penyokong Pak lah yang sebelum ini memegang jawatan tinggi dan cukup berpengaruh sama ada dalam parti atau pentadbiran kerajaan. Satu persatu dicantas dan dipinggirkan dalam Umno kerana tidak sehaluan dengan idea 1Malaysia. Begitu juga yang berlaku dalam MCA, Datuk Chua Soi Lek terpaksa meratapi nasib malang apabila tidak memegang jawatan dalam kabinet serta hanya diberikan peranan kecil dalam MCA walaupun bergelar timbalan Presiden.

Pelantikan Datuk Husam Musa dan Hj. Muhd. Sabu menunjukkan keterbukaan Pas dalam menerima pandangan dan teguran sama ada daripada pimpinan atau ahli di peringkat bawahan. Di sini menunjukkan bahawa sumbangan kedua tokoh ini masih diperlukan dalam memastikan kemaraan Pas dalam arus politik negara. Tidak timbul soal tekanan atau pengaruh luar dalam pelantikan ini. Saya melihat Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang sentiasa meletakkan kepentingan Islam dan Pas mengatasi segala-galanya. Semoga dengan pelantikan ini akan memacu dan meningkatkan momentum perjuangan Pas untuk memastikan Umno@BN akan tersungkur dalam pilihanraya umum akan datang.

BN HADAPI SATU LAGI MIMPI NGERI?

ADUN Jawi dari DAP, YB Tan Beng Huat mengemukakan surat perletakan jawatan sebagai ADUN kepada Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng.
Surat tidak bertarikh itu dikemukakan untuk membuktikan bahawa kerajaan negeri itu mengamalkan konsep Keupayaan, Ketelusan dan Akauntabiliti (CAT).

“Kami memohon surat peletakan jawatan tidak bertarikh itu bagi membuktikan bahawa kami adalah telus dan Tan juga telah mengemukakan surat itu kepada parti,” kata Pengerusi DAP Pulau Pinang YB Chan Kon Yeow pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Negeri di Pulau Pinang hari ini.

Tan diminta mengemukakan surat perletakan jawatan tersebut berikutan dakwaan Ketua Bahagaian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong, menuduh Tan melakukan penyelewengan berhubung penajaan RM2,000 untuk sebuah pertubuhan amal tempatan.
Teh membuat tuduhan tersebut semalam.

Bagaimanapun, Tan menafikan dakwaan tersebut dan berkata beliau berharap parti itu akan menyiasat perkara itu secara saksama bagi membersihkan namanya.
Namun Tan terbukti menghormati konsep CAT yang diamalkan oleh kerajaan negeri.
Inilah bezanya wakil rakyat PR dengan BN, di mana wakil rakyat contohnya Ali Rustam walaupun terbukti rasuah tetapi masih tidak mahu meletakkan jawatan. Tetapi wakil rakyat PR walaupun baru dituduh mereka telahpun sudi untuk meletakkan jawatan.
Jika tuduhan ini benar selepas siasatan dibuat maka sudah tentu BN akan menghadapi satu lagi mimpin ngeri selepas tewas pada 5 PRK sebelum ini. BN juga bakal kalah untuk kali keenam di Manek Urai pada 14 Julai ini.


Oleh Al Fadhil Tuan Guru
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man


Muktamar PAS ke 55 baru berakhir, kenikmatan berjamaah masih terasa, bagaimana pertemuan para pejuang Islam di satukan sebentar dalam muktamar indah bagi yang tidak pernah menjadi matlamat menyertai PAS.

Amanah besar yang sangat ana bimbangi, dan terus terang siang malam ana berdoa agar ana tidak dibebani dengan am,anah besar ini, setelah ana tidak upaya menolak pencalunan yang besar dari perwakilan.

Kini ana sering munajat doa sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Saidina Umar “ Ya Allah, Engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka ringankanlah bebananku di akhirat.”Muktamar telah berlalu, kepimpinan telah dipilih. Marilah kita menyatukan saf perjuangan bagi menghadapi musuh kita yang satu.

Muktamar bagi menyatakan pandangan dan kritikan, kita telah lalui, penjelasan dari pimpinan telah pun di buat, mungkin ada yang berpuas hati, dan mungkin ada yang belum berpuas hati dengan jawapan; bahkan pemilihan pun mungkin ada yang sedih dan ada yang gembira.

Terkadang penyokong lebih bersedih daripada yang bertanding. Namun Islam mengajar kita agar menerima keputusan dengan dada yang terbuka, jamaah telah buat keputusan. Rasulullah bersabda “ Umatku tidak akan sepakat dalam perkara kesalahan’, dan “ Pertolongan Allah akan datang dengan jamaah”.

Selepas muktamar media masih memainkan isu yang dijangka boleh memecahkan kita, kita harus faham sepak terajang media musush, adalah malang kalau kita yang tahu media musuh, tetapi masih percaya kepada berita yang disebarkan oleh musuh.

Seluruh ahli dan pimpinan PAS mesti menjadikan HARAKAH sebagai media rasmi parti. Sebarang isu yang berbangkit, mestilah dirujuk kepada kenyataan rasmi pimpinan dalam harakah. Agar kita tidak terjerumus dalam perangkap yang dimainkan oleh musuh.

Kita punya tanggungjawab sebagai gerakan dakwah bagi menyelamatkan rakyat dari kemurkaan Allah, ruang dakwah menyebabkan kita mesti menarik mereka kepada Islam, kita tidak seharusnya menutupi ruang dakwah ini.

Kita mempunyai penyokong yang berjuta orang, tetapi sebahagian mereka hanya menjadi pemerhati kepada perjuangan, kita mesti menarik mereka, agar bersama dalam perjuangan Islam. Kita juga mesti membetulkan system yang berjalan dalam Negara.

UMNO mampu mempertahankan kejayaan kerana system yang tidak betul ini ujud. Kita berusaha kea rah tersebut. Namun saya tegaskan bahawa kikta tidak akan biarkan jamaah kita menjadi kuda tunggangan UMNO/BN. Kita punyai masa depan gemilang dalam Pakatan Rakyat, kita diterima oleh bukan Islam untuk bersama dengan PAS bukan parti lain.

Ini keyakinan yang perlu kita bina. Kita mestilah mampu mengambil alih kepimpinan melayu dari UMNO dan membawa mereka kepada landasan Islam. Perjuangan kita bukan sekadar menyelamatkan mereka di dunia, tetapi lebih jauh nasib mereka di akhirat; bilamana mereka bertahun-tahun meredai kemungkaran tajaan UMNO/BN samada secara sedar atau tidak.. Negara dipimpin oleh pimpinan yang korup, kita perlu menggantikan dengan kepimpnan yang soleh dan bertaqwa.

Yakinlah para pimpinan mengenali siapa UMNO lebih dari kita. Pimpinan kita meyedari tipu helah UMNO dalam perjuangan mereka yang lama dari kita. Adalah malang seandainya ahli merasa ragu-ragu dengan Presiden dan Timbalan Presiden.

Semua dasar parti di kawal oleh syura, dan semua perkara pokok akan diputus dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat. Andai ada yang cuba membawa jamaah kearah bertentangan, yakinlah mereka tidak akan dapat bertahan lama dalam jamaah, samada jamaah akan meyingkirkannya atau Allah akan mengeluarkan mereka dari jamaah ini-insyaAllah.

Berilah keyakinan dan wala’ pada pimpinan, dan awasilah perangkap musuh yang ada dikeliling kita , dan jangan kita menjadi juru cakap musuh dalam jamaah bagi melihat berpecahkan jamaah ini.

Tingkatkanlah hubungan dengan Allah, jadilah sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas dalam perjuangan ini dan bersabarlah di atas perbezaan pandangan, dan hargailah pandangan yang berbeza yang lahir dari hati yang ikhlas. Rapatilah saf perjuangan, dan gunalah sedikit masa tengah malam dan awal pagi untuk memohon kekuatan dari Allah.

Salam perjuangan.
Akhukum FiLLahTuan Ibrahim Tuan Man

Posted on Jun 11, 2009 by idrisahmad
1.Dasar pelajaran negara semakin pening macam kepala pemimpin Umno pening melihat rakyat tidak mahu BN.
2.Setiap kali berubah Menteri, maka berubahlah dasar. Yang menjadi mansa ialah guru, pegawai kementerian dan pelajar.
3. Dasar berubah hendak tunjuk setiap Menteri ada idea baru walaupun isinya habuk tidak ada. Apabila Mahyudin Yasin menjadi Menteri Pelajaran, maka ia mencadangkan pelajar SPM hanya ambil setakat 10 matapelajaran dan hendak wajib subjek Inggeris wajib lulus dalam SPM.
4.Kenapa beliau hendak hadkan 10 mata pelajaran sahaja. Berilah demokrasi sikit pada pelajar yang hendak ambil lebih mata pelajaran. Pelajar yang hendak ambil lebih dia tahulah kemampuannya. Pelajar yang tidak mampu mereka tidak ambil lebih mata pelajaran hanya cukup makan sahaja.
5. Apa masalahnya pelajar hendak ambil lebih daripada 10 mata pelajaran. Apakah pemimpin Umno cemburu kerana yang berjaya mendapat cemerlang dalam SPM adalah daripada sekolah agama kerajaan negeri Kelantan yang diperintah oleh seorang Tok Guru.
6. Menghadkan 10 mata pelajaran juga sebagai satu usaha untuk tidak menggalakkan pelajar bukan Islam yang berminat untuk mengambil mata pelajaran agama seperti Tasawwur Islam.
7.Menghadkan 10 mata pelajaran juga seolah-olah hendak menyekat kebolehan pelajar sekolah agama yang berkemampuan untuk mengambil lebih mata pelajaran.
8. Kemampuan yang dibuktikan oleh pelajar sekolah agama yang cemerlang dalam sijil terbuka adalah jawapan untuk menolak dakwaan pemimpin umno bahawa pelajar sekolah agama berfikiran tertutup dan mundur dalam pelajaran kerana gurunya sibuk berpolitik.
9. Sekarang terbukti bahawa pemimpin Umno adalah orang yang mundur terkebelakang.
Difailkan dalam: Pendidikan



—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

InshaAllah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Sokong Bersih 3

Tetamuku....

Blog Pilihanku...

Blog Archive