lizamuslim

Hati ini telah bersatu, Berkumpul di perut bumiMu, Hati ini telah berpadu, Bersatu memikul beban dakwahMu, Hati ini telah mengikat setia, Untuk mendaulat untuk mendukung, SyariatMu di alam maya, Maka Ya Allah eratkanlah, Ikatan yang ada...




Semalam, Kementerian dalam Negeri mengumumkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 akan dijadikan lebih komprehensif dan tidak lagi terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu untuk membolehkan ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Tidak dinafikan selama ini Malaysiakini dan beberapa portal berita lain mampu bertapak kerana 'jalan keluar'- berdasar ikrar Mahathir pada 1995 bahawa tiada penapisan akan dilakukan ke atas internet ketika melancarkan projek Korridor Raya Multimedia.

Jika menjadi kenyataan, ia ibarat pukulan paku terakhir di keranda bagi kebebasan media di negara ini. Kebebasan meluahkan pendapat yang serba terbatas dinikmati di alam maya sejak 16 tahun lalu bakal berkubur.

Dengan perlesenan, kerajaan boleh mengenakan tekanan politik ke atas media di internet. Paling menggerunkan, menteri dalam negeri yang sebegitu berkuasa itu berhak mengisyitiharkan mana-mana lamanweb sebagai tapak haram. Lebih malang lagi, mengikut akta itu, keputusan menteri adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah.


Garis Panduan untuk Kawal
1. Kanun Keseksaan,
2. Akta Hasutan 1948,
3. Akta Penapisan Filem 2001,
4. Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984
5. Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 dan
6. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Khas untuk kawal semua media yang tak terkawal (pembangkang)

Powered By Blogger

Blog Pilihanku...