lizamuslim

Hati ini telah bersatu, Berkumpul di perut bumiMu, Hati ini telah berpadu, Bersatu memikul beban dakwahMu, Hati ini telah mengikat setia, Untuk mendaulat untuk mendukung, SyariatMu di alam maya, Maka Ya Allah eratkanlah, Ikatan yang ada...

Harga minyak turun lagi 15 sen dan sekarang harga minyak adalah RM 2.00 kata TPM, dan berharap para peniaga menurunkan harga barang seiring dengan menurunnya harga minyak.

"tapi kalau tak turun takpe kami tak kenakan hukuman, lepas ni golongan peniaga (mostly kaum cina) boleh pangkah parti saya "

Ini sudah 5 kali penurunan harga minyak sejak bulan ogos( sejak TPM jadi menteri kewangan). Maka bersinarlah mata-mata penduduk betapa terharunya atas jasa baik TPM kerana menjaga kebajikan rakyat.

" Bagusnyer TPM kita sejak dia jadi menteri kewangan minyak asyik turun, kalau macam ni boleh la kita berbelanja lebih kat benda lain"

Bursa saham pun mendapat suntikan dana dengan bantuan pembelian saham yang diambang kematian oleh KWSP atas arahan TPM. Begitu juga pekerja kerajaan dikurangkan potongan KWSP sebanyak 3% supaya rakyat dapat menggunakan duit yang disimpan untuk masa tua digunakan masa muda,

"maksudnya kata TPM jangan simpan duit belanja sekarang kita tidak tahu berapa lama kita hidup baik belanja sementara masih hidup". Jadi semua penyelesaian lepas ni kita akan serahkan kepada KWSP, masalah dari rakyat penyelesaian dari rakyat juga.......

Begitulah cara TPM melaksanakan tugasnya sebagai menteri kewangan yang baru.

Kalau kita jumpa penasihat kewangan dia akan memberi nasihat seperti ini, awak perlu simpan duit di sini, kemudian belanja disini, lepas tu kurangkan disini dan jangan bayar hutang ni dulu, kalau sempat ambil duit ni lepas tu diam-diam la.

Seperti tolak tarik kesana kemari

Sokong Bersih 3

Tetamuku....

Blog Pilihanku...