lizamuslim

Hati ini telah bersatu, Berkumpul di perut bumiMu, Hati ini telah berpadu, Bersatu memikul beban dakwahMu, Hati ini telah mengikat setia, Untuk mendaulat untuk mendukung, SyariatMu di alam maya, Maka Ya Allah eratkanlah, Ikatan yang ada...


dipetik daripada: www.PemudaGombak. com
PAS sekali-kali tidak akan sekali-kali bergabung dengan Umno dan menyifatkan ia sebagai memikul biawak hidup.

“Masalah bergabung dengan Umno tidak timbul, kerana bergabung dengan Umno yang ada masalah, yang ada rasuah dalaman, memerintah kerajaan yang rasuah, Umno yang politik wang, orang Melayu kata macam pikul biawak hidup”, tegas Tuan Guru Presiden PAS, Dato Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian di dalam majlis dialog anjuran Malaysian Overseas Forum, yang bertajuk ”Think: Islam Leads The Change”, di Corus Hotel, Hyde Park, Lancaster Gate, London pada 13 Jun lalu.

Beliau menjawab soalan para peserta dialog itu berkenaan soal Kerajaan Perpaduan dan kerjasama dengan Umno .

Beliau menjelaskan idea Kerajaan Perpaduan selepas usaha menubuhkan Kerajaan 16 September gagal apabila ahli-ahli parlimen BN tidak berani memberi undi tidak percaya kepada Perdana Menteri kerana risau akan kes-kes lama mereka dibongkar.

Namun kata beliau, idea ini hanyalah sesuai pada zaman pemerintahan Abdullah Badawi, tetapi tidak pada zaman pemerintahan Najib Tun Razak.

Malangnya, isu ini digembar-gemburkan oleh media untuk melaga-lagakan pimpinan-pimpinan PAS menjelang muktamar tetapi gagal, jelas Tuan Guru.

Dato Seri Presiden menjelaskan lagi bahawa muktamar PAS berjalan dengan jayanya tanpas sebarang masalah, sekalipun pihak media berusaha keras untuk memecahkan perpaduan di kalangan pimpinan PAS.

“Walaupun mereka (media) kata kita kecoh, kita bising tetapi kita tidak berkelahi. Kita bising-bising mesyuarat ni tidak berkelahi. Hal rumah tangga kita selesai. Dia tidak tahu dalaman kita, (dan) dalaman kita baik” kata Tuan Guru Presiden.

”Dia lalu tepi rumah, dia dengar kita bising-bising. Dia ingat kita bergaduh. (Sebenarnya) kita tidak bergaduh, kita cuma alih kerusi meja sahaja” katanya lagi yang disambut oleh gelak tawa hadirin yang hadir.

Tuan Guru Presiden membezakan situasi pemilihan di dalam PAS dengan Umno .

Di dalam PAS, calon-calon yang kalah dilantik kembali, seperti Dato’ Husam Musa dan Hj Mohd Sabu yang tewas di dalam pemilihan Naib Presiden.

Tidak seperti Umno , calon-calon yang kalah akan dicantas.

Forum dialog berkenaan boleh didapati di dalam laman web Youtube.com di http://www.youtube.com/user/har1011.

Tinjauan PemudaGombak. com mendapati, video berkenaan mempunyai sebanyak 9 siri yang diusahakan oleh sebuah pertubahan produksi bernama IHmediacs.

PemudaGombak. com juga mendapati, video-video ini mula diupload semenjak 3 hari lalu, dan telah mendapat tontonan hampir 2 ribu penonton sehingga entri ini ditulis.

Keseluruhan video tersebut boleh dilihat du URL tadi serta di dalam blog Malaysian Overseas Forum di http://malaysianoverseasforum.blogspot.com/2009/06/video-forum-di-london.html

Video yang paling mendapat sambutan ialah video Tuan Guru Dato’ Presiden menjawab soalan peserta yang berbunyi; ”Bolehkah Dato’ terangkan serba sedikit berkaitan ”Unity Government” dan mengapa PAS tidak mahu bekerjasama dengan Umno ?”.

Berikut adalah video tersebut;

Majlis yang sama turut diadakan pada 18 jun 2009 bertempat di Park-Inn Victoria Hotel, Manchester.

Powered By Blogger

Blog Pilihanku...

Blog Archive