"Namun sehingga sekarang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak memberi sebarang respon sedangkan keadaan semakin meruncing. Selain itu, orang ramai juga disarankan agar tidak berkunjung ke luar negara jika tiada urusan penting.Posted by MahfuzOmar
Sidang parlimen khas itu sangat penting bagi membolehkan satu kertas putih dibentangkan berhubung permasalahan yang melanda. "Dengan adanya sidang khas ini, tenaga semua pihak termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat boleh digemblengkan dalam usaha menangani penularan wabak ini.
H1N1 kini menjadi penyakit pembunuh apabila lima ke tujuh orang mati sehari akibat darinya. Angka ini terlalu besar berbanding dengan jumlah pesakit yang mengidapnya sekarang dan antara yang tinggi di kalangan negara-negara Asian Tenggara. Sehingga semalam, 51 kematian telah direkodkan.
Saya mencadangkan agar satu jawatankuasa bersama ditubuhkan di peringkat negara melibatkan semua pihak termasuk kerajaan, ahli politik dan badan-badan NGO dan diletakkan di bawah jawatankuasa keselamatan negara.
Saya juga mencadangkan agar Najib melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri jika tidak tahu apa yang harus diutamakan dalam merealisasikan slogan 1Malaysia Rakyat iaitu 'rakyat didahulu, pencapaian diutamakan.' "Saya cadang Najib elok letak jawatan jika masih tak tahu apa nak buat,"
Saya ingin bepesan kepada rakyat agar memperbanyakkan solat hajat agar dihindari dari wabak ini di samping bergantung kepada perubatan moden.
GUNA GAMBAR AGONG BERSALAH. KELUAR FATWA WAJIB UNDI CALON TERTENTU
BAGAIMANA?
-
Akhbar The Star pagi ini melaporkan yang seorang lelaki P.Ramasamy 66
mengaku salah di Mahkamah Majistret di Hulu Selangor bawah Seksyen 4A)1
Akta Kesal...
1 day ago