PAS menyokong penuh langkah Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang bakal mengadakan Himpunan besarnya bagi mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos 2009 di Istana Negara. Sehubungan dengan itu semua ahli PAS diminta untuk hadir memberikan sokongan terhadap Himpunan ini. Semua Ketua-ketua Penerangan Negeri dan PAS Kawasan diminta mengadakan siri-siri ceramah dan edaran risalah penerangan berhubung kezaliman Akta ISA serta mengajak lebih ramai rakyat untuk menghadiri Himpunan ini. PAS turut mengajak semua NGOs dan Individu yang prihatin untuk turut sama menunjukan kebersamaan anda bagi memastikan pihak Kerajaan memansuhkan Akta ISA yang sering dijadikan alat politik segelitir pihak yang berkepentingan untuk menakutkan rakyat. Mansuhkan ISA!!!, Mansuhkan ISA!!!, Mansuhkan ISA!!! Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
GUNA GAMBAR AGONG BERSALAH. KELUAR FATWA WAJIB UNDI CALON TERTENTU
BAGAIMANA?
-
Akhbar The Star pagi ini melaporkan yang seorang lelaki P.Ramasamy 66
mengaku salah di Mahkamah Majistret di Hulu Selangor bawah Seksyen 4A)1
Akta Kesal...
2 days ago