lizamuslim

Hati ini telah bersatu, Berkumpul di perut bumiMu, Hati ini telah berpadu, Bersatu memikul beban dakwahMu, Hati ini telah mengikat setia, Untuk mendaulat untuk mendukung, SyariatMu di alam maya, Maka Ya Allah eratkanlah, Ikatan yang ada...


Coretan daripada saudara Saari Sungib, bekas tahanan ISA


Kenapa ISA zalim?

ISA zalim kerana:
  • menahan dan memenjara aktivis tanpa bicara
  • merampas hak kebebasan aktivis
  • mencabul hak asasi manusia seorang aktivis
  • menafikan hak aktivis membela diri di mahkamah terbuka
  • menzalimi isteri, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan aktivis
  • memaksa aktivis untuk akur hidup dalam penjara walaupun tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan
  • melanggar prinsip bahawa aktivis tidak bersalah sehingga dibuktikan ia bersalah di mahkamah terbuka
  • memenjarakan aktivis dengan niat jahat (mala fide) mereka-reka alasan penahanan
Setiap aktivis hendaklah betul-betul yakin bahawa kezaliman ISA adalah kerana ia melanggar prinsip-prinsip di atas. Jika aktivis tidak sedikit disentuh sekali pun oleh SB semasa tahanan 60 hari atau telah dilayan dengan baik sepanjang ditahan di Kem Kamunting, ISA tetap zalim kerana ia mencabul prinsip-prinsip di atas! Jangan sekali-kali keliru!


Bagaimana ISA menzalimi mangsa?

ISA menzalimi mangsa dengan berselindung di sebalik undang-undang. Ini dilakukan dengan:

  • menahan aktivis selama 60 hari untuk disoal-siasat oleh SB tanpa diberi ruang untuk berhubung dengan peguam atau anggota keluarga
  • memenjara aktivis selama 2, 4, 6, 8, 10, 12 tahun atau lebih di Kem Kamunting di atas kuasa Menteri Keselamatan Dalam Negeri
Tindakan pertama dilakukan di bawah Seksyen 73, ISA dan tindakan kedua diambil di bawah Seksyen 8, ISA.


Apa jadi semasa tahanan 60 hari?

Aktivis akan berdepan dengan sebahagian, kesemua atau lebih daripada perkara-perkara berikut:

  • dibawa ke lokasi rahsia
  • dikurung di sebuah sel yang sunyi, kotor lagi menakutkan
  • terpaksa berdepan dengan SB yang ganas dan buas!
  • disoal-siasat berjam-jam
  • dihalang tidur, rehat dan melakukan ibadah-ibadah tambahan
  • dibogelkan
  • dipaksa melakonkan adegan seks
  • dipaksa berjalan itik, lompat katak atau berenang di atas lantai yang kering!
  • diludah muka, dipaksa telan air ludah SB atau menghirup air yang dicurahkan di atas lantai
  • dipukul, diterajang, dibelasah dan diseksa dengan dicucuh badan dengan puntong rokok dan lain-lain
  • diliwat dengan sejenis objek atau alat
  • diancam untuk diliwat oleh SB
  • dipaksa membuat pengakuan dan kerjasama serta menandatangani beberapa dokumen palsu!


Apa jadi semasa ditahan di Kem Kamunting?

  • dipenjara tanpa bicara
  • dituduh dengan tuduhan yang direka-reka
  • dipaksa hidup seperti orang salah
  • dipaksa patuh dengan peraturan penjara
  • dirampas hak untuk membela diri
  • dikurung sekali lagi bersendirian dalam sel sunyi
  • dipaksa menjalani program pemulihan
  • didesak untuk mengaku menyesal, sedar kesalahan yang 'dilakukan' dan insaf serta tidak mahu mengulangi 'kesilapan' silam!
  • ditekan agar tunduk kepada kehendak Putrajaya dan Bukit Aman
  • didesak agar tidak akan aktif dalam politik atau aktivisme sosial tetapi sebaliknya menumpu dalam membangunkan kerjaya dan keluarga semata-mata!
  • didesak untuk tidak menentang Umno-BN
  • dipujuk untuk menyokong Umno-BN
  • dipujuk dan didesak untuk menjadi ahli Umno.


Apa yang tidak benar tentang pembebasan ISA?

Ketahuilah bahawa aktivis tidak bebas daripada penahanan ISA kerana:

  • 'bekerjasama' dan membuat pengakuan di hadapan SB semasa soal-siasat 60 hari
  • berkelakuan baik dan mematuhi semua peraturan semasa di Kem Kamunting
  • patuh kepada arahan dan mengikuti semua program pemulihan di Kem Kamunting
  • patuh kepada nasihat dan percaya sepenuhnya dengan apa yang diberitahu serta janji-janji SB yang datang setiap tiga bulan menemui aktivis di Kem Kamunting membuat rayuan dan mengaku sudah insaf kepada Lembaga Penasihat semasa berada di Kem Kamunting bagi tujuan agar dibebaskan
  • tunduk dan melutut kepada kehendak Putrajaya dan Bukit Aman


Apa yang benar tentang pembebasan ISA?

Ketahuilah, insya-Allah aktivis akan bebas daripada penahanan ISA dengan:

  • meningkatnya tekanan masyarakat antarabangsa khususnya melalui badan-badan hak asasi manusia
  • dimartabatkan oleh Amnesty International sebagai Prisoner of Conscience dan oleh Islamic Human Rights Commission (London) sebagai Prisoner of Faith
  • meluasnya tekanan dan tuntutan rakyat tempatan
  • semakin semaraknya kempen-kempen yang menuntut pembebasan aktivis
  • pendedahan pembohongan dan penipuan pemerintah ke atas aktivis
  • terus mencabar keputusan dan tindakan pemerintah menahan aktivis di mahkamah
  • Isteri, anak-anak dan keluarga bangkit lawan.


Apa yang mesti aktivis lakukan?

Aktivis mesti bangkit melawan dan jangan sekali-kali duduk diam untuk menanti kebebasan percuma! Aktivis hendaklah:

  • bantu GMI gerak dan jayakan kempen di peringkat tempatan dan antarabangsa
  • hantar memorandum kepada Suhakam
  • keluarkan kenyataan akhbar
  • tulis dan terbitkan buku
  • tulis dan siarkan rencana dalam media alternatif
  • galakkan isteri dan anak-anak untuk memberi kerjasama sepenuhnya dan berganding tenaga bersama-sama GMI
  • galakkan isteri ditemubual oleh media antarabangsa dan media alternatif tempatan
  • galakkan isteri dan anak-anak untuk bertemu atau 'ambush' Perdana Menteri dan menteri-menteri tertentu
  • lancarkan mogok lapar
  • beri sokongan untuk isteri, anak-anak dan rakan-rakan lancarkan mogok lapar serentak di luar.


Apa yang mesti aktivis yakini?

Aktivis mestilah meyakini hakikat sebenar ISA. Ianya terdiri daripada tiga perkara utama, iaitu:

  • ISA bukan untuk keselamatan negara. ISA digunakan hanya bagi melindungi kuasa politik Umno-BN
  • ISA adalah senjata politik Umno-BN untuk menumpaskan lawan politik mereka. Satu-satunya cara untuk berdepan dengan ISA adalah lawan secara politik
  • Jangan takut kepada ISA! Kerana takut itulah yang Umno-BN mahukan daripada rakyat!

Powered By Blogger

Blog Pilihanku...