lizamuslim

Hati ini telah bersatu, Berkumpul di perut bumiMu, Hati ini telah berpadu, Bersatu memikul beban dakwahMu, Hati ini telah mengikat setia, Untuk mendaulat untuk mendukung, SyariatMu di alam maya, Maka Ya Allah eratkanlah, Ikatan yang ada...


Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi,
demikian diumumkan menteri pelajaran.

Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan
mingguan jemaah menteri pagi ini,dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.

Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan
bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah
jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat
dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing. Dasar yang diperkenalkan sejak 2003
itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila
sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.

Selain memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang mengepalai demonstrasi besar itu,
tokoh sastera Datuk A Samad Said juga menyertai sekumpulan lima Sasterawan Negara
membantah dasar itu - mencipta rekod bantahan golongan budayawan Melayu.

Rentetan pelaksanaan PPSMI
19 Julai 2002 - mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun
Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai
Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah
untuk sekolah menengah

Januari 2007 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan
berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai
oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat
peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk
mempelajari Sains dan Matematik. Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar
kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid,
terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian)
sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini
- sekali gus buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan
dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian
" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara" Menteri Besar Johor,
Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional
jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan
andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang
pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar
PPSMI dimansukan sepenuhnya pada 2012.

Powered By Blogger

Blog Pilihanku...