Jangan kau kaya
Kalau kau kaya,
diaorang kata kau rasuah
biarlah kau miskin
papa kedana
melarat
naik bas, sekupang duit dalam poket
isi minyak kereta
sepuluh ringgit cuma
biarlah kau sakit
perit merit
terpekik
dalam batin berkocak, menangis sewaktu
isteri terbaring sendiri
anak tidur kelaparan
yuran PASTI bulan lepas belum
berbayar
Jangan kau kaya
kalau kau kaya
ramai yang dengki
atau tumpang sekaki
minta belanja secawan kopi
tolong bayar bil
atau belikan kayu api
Jangan kau kaya
kalau kau kaya
ramai lagi setengah mati
nak jadi kaya
sampai mati tak kaya-kaya.
5 Julai 2009
Swansea. UK.
GUNA GAMBAR AGONG BERSALAH. KELUAR FATWA WAJIB UNDI CALON TERTENTU
BAGAIMANA?
-
Akhbar The Star pagi ini melaporkan yang seorang lelaki P.Ramasamy 66
mengaku salah di Mahkamah Majistret di Hulu Selangor bawah Seksyen 4A)1
Akta Kesal...
6 days ago