‘Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Kamu akan melihat manusia memasuki Agama Allah dengan berbondong-bondong(tanpa mengira bangsa dan bahasa).’ Surah An-Nashr Ayat 1 dan 2 Mari kita sama-sama panjatkan seribu satu kesyukuran kepada Pencipta langit dan bumi kerana dengan izin dan restu-Nya dapatlah juga saya berkongsi sama menumpahkan sedikit rasa hati . Pilihanraya amat berkaitan dengan agama, keadilan dan tanggungjawab setiap rakyat dalam sistem demokrasi. Ia menyentuh hak warganegara. Ia ada kaitan dengan dosa pahala dan mendapat keredhaan Allah atau sebaliknya. Pilihanraya adalah medan pemilihan pemimpin yang bakal kita angkat sebagai penggubal dan pemantau undang-undang samada di Parlimen atau Negeri. Selaku wakil rakyat, segala bentuk kebajikan, sakit dan mati, susah dan senang; juga segala aduan dan masalah kita sepatutnya diberi perhatian oleh wakil rakyat. Dalam konteks inilah amat pentingnya kita memilih wakil rakyat yang memahami masalah serta prihatin terhadap kebajikan kita selaku pengundi. Pemilihan saudara Zulkefly Mohamad Omar, Pesuruhjaya PAS Negeri sebagai calon PAS dikira cukup cucuk untuk meneruskan khidmat amal ini. Selaku seorang muda yang telah diuji kecekapan dan ketabahannya untuk memimpin Pas Negeri, dalam usia 44 tahun beliau diyakini mampu mencabar calon yang ditampilkan oleh UMNO/BN. Tidak syak lagi beliau adalah seorang yang bertenaga untuk menyaingi Umno dikerusi N31. Tanpa perlu diulas, semua orang sudah tahu betapa terdesaknya UMNO sehingga masih mengambil calon yang telah terbukti mempunyai rekod yang cemar dari segi amalan politik wang. Ini disahkan sendiri melalui Lembaga Disiplin UMNO yang telah mengambil tindakan tatatertib ke atas pelbagai amalan salah laku yang melibatkan beliau. Sebenarnya saya amat terkilan dengan sikap “double standard” yang diamalkan oleh UMNO dalam hujah mempertahankan pemilihan calon ini. Mereka mendabik dada kononnya mereka mematuhi kehendak “grass root”. Anehnya sewaktu merampas Kerajaan Negeri Perak yang sah, mereka telah dengan terang-terangan menafikan kehendak dan perasaan akar umbi yang telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat. Buat 5,000 pengundi yang berada di kem-kem tentera saya mohon berpesan supaya jangan takut untuk menyatakan pendirian. Gunakanlah hak-hak demokrasi tuan-tuan dengan cermat. Inilah masa terbaik untuk menunjukkan sikap gagah perwira dengan penuh istiqamah dan keberanian. Pada saya, sikap Presiden UMNO yang tidak semena-mena membangkit-bangkitkan soal kenaikan gaji dan kemudahan perumahan bagi tentera di Port Dickson di hari pengisytiharan calon adalah sesuatu yang tidak sihat. Sudah tentu pengisytiharan ini akan disusuli dengan pelbagai janji berupa halwa, madu dan susu untuk tujuan-tujuan pancingan. Kepada pengundi luar yang berada diperantauan, baliklah dan mengundilah dengan penuh amanah pada 11 Oktober 2009. Inilah satu-satunya senjata dan hak kita sebagai rakyat Malaysia dalam negara demokrasi. Tentukan undi Tuan/Puan akan memulihkan corak dan rupabentuk keadilan dan memperbaiki wajah demokrasi demi masa depan negara. Mari kita keluar untuk menyatakan keyakinan dan sokongan kita kepada saudara Zulkefly wakil PAS/PR yang tidak berbelah bagi. Dengan sepangkah undi, mari kita tolak kezaliman. Ini bukan soal kalah menang dalam gelanggang politik semata-mata tetapi lebih mustahak dari itu, ia adalah perjuangan untuk mencari keredhaan Allah dan mendapat pahala di akhirat kelak. Bahkan ia sekaligus kesempatan untuk mengembalikan demokrasi kepangkuan rakyat. Sudah 7 kali pilihan raya kecil diadakan di Semenanjung dan kita telah memenangi ketujuh-tujuhnya. Mari kita ulangi kemenangan buat kali ke-8 pada 22 Syawal ini.Kita perlu panjangkan gema takbir Hari Raya yang berbunyi “Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar.Walillahilhamdu” “UNDILAH PAS. SELAMATKAN NEGARA” Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Mursyidul Am PAS. Tanggal:12 Syawal 1430/1 Oktober 2009
kemaskini 3.19pm Seorang bekas sarjan hari ini mengakui pernah terlibat memangkah BN bagi pihak anggota-anggota tentera dalam dua pilihan raya umum – pemalsuan undi yang selama ini hanya digembar-gemburkan oleh ahli-ahli politik pembangkang.
Abu Kassim, yang bertugas sebagai "sarjan gaji", berkata beliau dan beberapa kakitangan tentera dalam bahagian pentadbiran, seperti ketua kerani, mendapat arahan bagi memanipulasikan undi pos daripada pegawai pentadbir kem.
Beliau, kira-kira 10 tahun menyertai PAS, bagaimanapun tidak ingat tarikh tepat dan tempat peristiwa itu dengan alasan ia "sudah lama" berlaku tetapi ia didakwa terjadi semasa bawah pentadbiran perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya tidak ingat. Lama sudah. Tetapi dalam pilihan raya besar (umum), zaman Dr Mahathir dulu," katanya kepada Malaysiakini.
Pengakuan depan pengerusi SPR
Abu kini seorang ahli jawatankuasa undi pos Pemuda PAS yang diketuai oleh ketua penerangan dewan itu Suhaizan Kaiat.
“Setiap pilihan raya, saya diminta memantau pengundian pos. Mungkin sebab saya bekas askar, mereka pilih saya,” katanya yang kini menetap di Bandar Tenggara, Port Dickson.
Jumaat lalu, Pemuda PAS mendedahkan pengakuan Abu, yang didakwanya bersedia tampil membongkar perkara itu, menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.
Suhaizan sebelumnya berkata pengakuan Abu itu juga dibuat di depan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu pertemuan rombongan PAS, yang diketuai naib presidennya Salahuddin Ayub, pada 28 Ogos lalu.
Menulis di blognya Bila Kentong Berbunyi, pemimpin Pemuda itu berkata, Abu terpaksa berbuat demikian atas arahan pegawainya, yang berdiri di belakang dan memerhati kertas undi dipangkah.
Dihubungi pagi ini, Abu berkata walaupun pernah mengundi untuk orang lain, beliau langsung tidak pernah mengundi untuk dirinya sendiri.
"Sepanjang berpuluh-puluh tahun menjadi askar, saya tidak pernah memangkah bagi pihak diri sendiri, tetapi tolong memangkah bagi pihak orang lain," katanya, dengan mendakwa seramai empat sehingga lima kakitangan pentadbiran kem turut terlibat dalam proses itu.
Diugut dibuang ke laut
Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada pemalsuan undi pos masih berlaku di kem-kem tentera walaupun masih mencurigai amalan itu.
Abu juga berkata, akibat mendedahkan perkara itu secara terbuka kepada umum, beliau pernah "diugut hendak dibuang ke laut" melalui mesej SMS daripada pihak yang tidak dikenalinya.
"Banyak SMS macam itu saya terima," katanya.
Ditanya apa yang membuatkannya berani tampil kali ini, Abu berseloroh berkata: "Takkan sekarang mereka (kerajaan) hendak potong pencen saya."
Dalam setiap pilihan raya, perjalanan pengundian pos sentiasa mendapat bantahan pembangkang kerana dicurigai wujudnya penyelewengan yang akan memenangkan calon BN.
Dalam pilihan raya kecil di kerusi ini, jumlah pemilih pos sangat besar - 4,620 daripada 13,664 orang yang layak membuang undi.
Ini jelas apabila Umno memilih Tan Sri Isa Samad yang disabitkan rasuah sebagai calon bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober nanti dan ianya mendapat sokongan kerajaan terutama Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin. "Itu menunjukkan ia (usaha Umno-BN berjuang hendak menghapuskan rasuah dan politik wang) sekadar buat-buat. "Kerajaan sekarang yang bercita-cita menghapuskan rasuah itu sebenarnya sekadar buat-buat saja, bukan sebenar, bahkan mereka menunjuk-nunjuk di hadapan rakyat saja, hakikatnya mereka terbabit dengan rasuah," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan. Beliau berkata, selagi manusia tidak takut kepada neraka maka sehingga itulah mereka akan melakukan maksiat termasuk melakukan rasuah, pembunuhan, terbabit dengan dadah atau melakukan penangkapan dengan menggunakan ISA terhadap mangsanya. "Semuanya itu berpunca daripada orang tidak ingatkan kepada akhirat. Kalau mereka ingatkan kepada akhirat, mereka tidak akan menderhakai Allah. Sementara itu dalam perkembangan lain, Ahli Jawatankuas PAS Pusat Datuk Haji Husam Musa menyokong kenyataan yang dibuat Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pemimpin seperti Tan Sri Isa sepatutnya tidak lagi mendapat tempat sebagai calon mana-mana parti termasuk BN. "Akan tetapi oleh kerana BN masih menganggap bahawa politik wang dan rasuah adalah sesuatu yang tidak apa-apa, sesuatu yang tidak merupakan kesalahan besar, maka sebab itu mereka memilih Isa. "Dan ini mengukuhkan lagi anggapan umum bahawa BN memang mendukung konsep politik wang dan politik rasuah," katanya kepada pemberita sele[as menghadiri majlis meraikan keluarga mangsa ragut (yang meninggal) dari Bachok di sebuah hotel di sini baru-baru ini. "Saya fikir pengundi-pengundi Bagan Pinang (bagi Pilihan Raya Kecil pada 11 Oktober nanti) adalah pengundi yang terpelajar dan ada kesedaran politik. "Mereka walau pun menyokong BN tetapi calon BN adalah satu calon yang tidak menggambarkan sebuah harapan untuk memilih pemimpin-pemimpin yang benar-benar bersih, saya yakin pengundi BN di Bagan Pinang akan mengundi calon Pakatan Rakyat. "Kita serahkan atas kebijaksanaan para pengundi Bagan Pinang untuk memilih satu calon yang bersih. "Dan saya yakin tempoh kempen yang ada (itu) membolehkan rakyat Bagan Pinang menilai (sendiri) calon mana yang patut mereka sokong untuk memimpin mereka," katanya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Pasir Hanifa Ahmad menyifatkan bahawa Umno-BN tidak ada moral. Beliau mengulas sikap rakyat yang tidak mahu mengekalkan calon (wakil rakyat) yang tidak bersih, namun apa yang berlaku sekarang termasuk di Bagan Pinang, orang perasuah pun dicalon dan dipilih untuk menjadi wakil rakyat. "Itu tradisi Umno-BN. Umno-BN tidak ada moral. "Ini kerana calon Umno-BN di Bagan Pinang itu telah pun didapati bersalah oleh Umno (sendiri) dan bukan oleh mahkamah. "Jawatankuasa Disiplin Umno telah menghukum pihak berkenaan telah menggunakan politik wang, membeli (meraih sokongan), maka dilucutkan jawatan naib presidennya pada ketika itu. "Dan sekarang ini diletakkan balik (diangkat semula). Ini bermakna, kalau Umno buat apa pun, tak apa. No pragmatism, apa pun tak apa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pasir Mas semalam selepas menyaksikan sekumpulan lebih 1,000 orang mengadakan demontarasi aman menggesa Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali supaya meletakkan jawatan kerana menghentam PAS. "Rakyat sekarang ini dah cerdik. Pengundi-pengundi di Malaysia ini semuanya boleh diaktakan lapan puluh peratus berkelulusan menengah/SPM dan dengan itu dapat berfikir dengan matang. "Kalau inilah calon (yang didapati bersalah oleh Umno), yang diletak sebagai calon (kemungkinan akan menjadi wakil rakyat ditakdirkan menang), kalau dia boleh menipu Umno, maka saya fikir dia boleh menipu rakyat, mudah saja, itu logiknya. "Sesungguhnya kita (PAS dan Pakatan Rakyat) mahukan calon yang bersih dan yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat umum bahawa calon itu bekerja untuk rakyat dan untuk Malaysia seluruhnya," katanya. _
KOTA BHARU, 4 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap Umno-BN berpura-pura dalam usaha membanteras rasuah dan politik wang, bahkan konsep "1Malaysia; Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan" seolah-olah menghalalkan rasuah dan politik wang. (Gambar:Husam, Zulkefly dan Isa di Bagan Pinang)
Muhammad Yusri Amin
Sun | Oct 04, 09 | 9:12:06 am MYT


Biodata Calon PAS : NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR PROFESION: AHLI PERNIAGAAN UMUR: 45 TAHUN TARIKH LAHIR: 14/5/1964 KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM) NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI ANAK:6 ORANG AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN FARAH WAHIDAH 18 TAHUN MOHAMAD FADLI 14 TAHUN MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN JAWATAN DALAM PAS: PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG) TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007) SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005) EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005) PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005) TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004) KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001) BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999) LAIN-LAIN JAWATAN: 1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA 2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN PENGALAMAN KERJA: 1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD. 2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD. 3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD. 4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR. 5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD. 6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA. Biodata Calon UMNO: Biodata: Tan Sri Isa Samad 1949: Born in Malacca 1973: Worked as a teacher in Seremban until 1978 1978: Won the Linggi state seat in Negri Sembilan. Was appointed state executive councillor until 1982 1982: Appointed Negri Sembilan mentri besar and served in that position for 22 years until 2004 2004: Won the Jempol parliamentary seat. Elected Umno vice--president. 2005: Appointed Federal Territories Minister but resigned the post within a year after being suspended by Umno for six years for involvement in money politics. However, the suspension was reduced to three years on appeal
Isa mewakili kerusi DUN Linggi sejak 1978 dan pada 2004 beliau beralih bertanding kerusi parlimen Jempol dan kemudiannya Sebelum itu, Isa pernah bertanding jawatan-jawatan penting di peringkat pusat. Pada 1993, Isa bertanding jawatan ketua Pemuda Umno etapi tewas kepada Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik. Pada tahun berikutnya, Isa mencuba nasib pula bertanding jawatan naib presiden Umno tetapi tewas juga, sehinggalah memenangi jawatan naib presiden pada 2004 tetapi dibatalkan kerana politik wang.
Calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad berkata isu beliau terbabit dalam rasuah politik tidak berbangkit lagi kerana beliau telahpun menjalani hukuman penggantungan keahliannya dalam Umno selama tiga tahun.
Isa digantung selama tiga tahun mulai 24 Jun 2005 kerana rasuah politik kerana melanggar etika pemilihan pemilihan pucuk pimpinan Umno 2004.
Dalam pemilihan tersebut, Isa mendapat undi tertinggi untuk tiga jawatan naib presiden Umno, tetapi kemenangannya dibatalkan kerana didapati bersalah melanggar kod etika pemilihan.
Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.
Bercakap kepada pemberita selepas diumumkan sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Isa berkata, beliau juga bukannya melakukan satu kesalahan jenayah.
Sebaliknya, tegas bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, beliau melanggar kod etika sewaktu pemilihan pucuk pimpinan Umno.
"Itulah perkataan yang digunakan - kod etika pemilihan - saya telah menjalani hukuman (penggantungan keahlian) tiga tahun. (Jadi) perkara itu tidak berbangkit lagi," katanya.
Sebaliknya, kata Isa, mereka yang disabitkan dalam kesalahan jenayah masih diterima rakyat dan ada yang menjadi ketua menteri dan menteri.
Ditanya mengenai kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Isa tidak sepatutnya dipilih bertanding di Bagan Pinang kerana rekod rasuah politiknya, Isa hanya menjawab "Saya senyum".
Isa berkata, berdasarkan tahap sokongan yang ditunjukkan oleh akar umbi dan kempen yang akan dijalankan, beliau menjangka akan menang dengan majoriti lebih besar.
Ditanya perasaannya bertanding kerusi negeri selepas lama menjadi menteri kabinet, Isa berkata beliau menerima jatuh bangun dalam politik.
"Saya telah menjadi seorang menteri dan menteri besar, sekarang saya calon BN. Ianya ok kerana ini adalah satu perjuangan," kata Isa yang juga ketua Umno bahagian Teluk Kemang.
"Apabila parti memberi amanah kepada saya, maka tiada sebab bagi saya untuk menolaknya," katanya sambil menambah bahawa beliau gembira kerana dipilih untuk pertama kalinya bertanding mewakili kawasannya.
dilantik sebagai menteri wilayah persekutuan, jawatan kerajaan terakhir yang eliau sandang sebelum metelakkan jawatan pada tahun 2005, selepas keahliannya dalam Umno digantung selama tiga tahun atas kesalahan politik wang ketika bertanding jawatan naib presiden pada 2004.
Beliau berkata dalam keadaan kemelesetan, sektor swasta tidak berani untuk melabur jadi kerajaan perlu melabur lebih sedikit supaya dapat mengangkat keyakinan rakyat khasnya golongan pelabur tentang ekonomi.
"Falsafah negara kita tentang defisit bajet ialah dalam keadaan susah kita harus berbelanja lebih sedikit untuk membawa keyakinan terhadap sistem ekonomi kita," kata beliau kepada Bernama selepas Majlis Berbuka Puasa Unit Kerjasama Awam Swasta (3PU), Jabatan Perdana Menteri malam tadi.
Kerajaan mengunjurkan defisit bajet akan mencecah 7.6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini, paras tertinggi sejak 1987 berikutan pakej rangsangan fiskal bernilai RM67 bilion pada November tahun lepas dan Mac tahun ini.
Nor Mohamed berkata dalam keadaan susah negara harus berbelanja lebih sedikit dan apabila ini dilakukan, berlakulah defisit.
"Kita punya falsafah itu OK. Kemudian dalam keadaan ekonomi senang atau mewah kita kurangkan defisit dan kalau boleh kita bajet berimbang," katanya ketika diminta mengulas mengenai kaji selidik Laporan Melaksanakan Perniagaan 2010 oleh Forum Ekonomi Dunia minggu ini.
Dalam laporan tersebut, kedudukan Malaysia jatuh tiga anak tangga ke tempat ke-23 yang antara lain disebabkan oleh defisit bajet.
Misalnya, akibat daripada kesan ekonomi 1997/98, kerajaan terpaksa berbelanja lebih dan pada 2000 defisit bajet telah naik sedikit sehingga 5.5 peratus.
Tapi selepas ekonomi pulih kerajaan mengambil tindakan untuk menurunkan defisit tahun demi tahun daripada tahun 2000 sehingga 2007 dengan defisit bajet turun sehingga 3.2 peratus.
"Ini menunjukkan yang kita memang berhemat," katanya.
Nor Mohamed berkata dalam keadaan kemelesetan pada 2008 dan 2009 ini, kerajaan juga terpaksa berbelanja lebih sedikit dan apabila ekonomi kembali pulih defisit bajet akan diturunkan semula.
"Kita punya cara menguruskan ekonomi. Tak menjadi isu," katanya.
Oleh itu, pihak yang membuat laporan ini mengenai kedudukan Malaysia di Laporan Daya Saing Dunia perlu melihat rekod prestasi negara, kata beliau.
"Walaupun, kita berbelanja lebih sedikit dalam keadaan kemelesetan bila ekonomi pulih kita akan turunkan defisit.
"Kita akan mengambil pendekatan yang sama pada kali ini dan pada tahun-tahun yang akan datang jika ekonomi mengalami kemeleseten," katanya. BERNAMA

