Berikut ialah intipati Bajet 2010 '1Malaysia, Kemakmuran Bersama':
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009
Tarikh Lahir : 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian : Pondok Tuanguru Hj Abbas, Besut. Universiti Deoband India. Universiti Lahore Pakistan. Universiti Al Azhar. Sarjana Muda bahasa Arab. Sarjana Perundangan Islam.
Latarbelakang:
Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.
Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.
i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.
Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:
“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)
Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.
ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:
“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)
iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:
“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)
Apa isunya?
Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :
“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”
“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”
“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”
“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”
“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”
“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”
“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”
“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”
Pandangan Saya
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?
Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?
Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.
Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.
KUALA LUMPUR, 16 Okt: Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man meminta kerajaan Pahang membayar segera saman berjumlah RM65 juta kepada syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM) bagi mengelakkan wang rakyat terus dikorbankan. Beliau berkata, sikap kerajaan yang melengah-lengahkan bayaran saman tersebut sejak sekian lama akan mendatangkan lebih banyak masalah kerana faedah sebanyak RM8,000.00 sehari terus berjalan seperti yang diputuskan mahkamah.
"Saya harap kerajaan negeri menyelesaikan kes ini dengan menjelaskan hutang yang tertangguh kerana jika kerajaan lambat menjelaskannya, kadar faedah sebanyak RM8,000.00 terus berjalan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Mahkamah Rayuan Putrajaya minggu lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 2007 yang mengarahkan kerajaan negeri membayar saman kepada SGM kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di kawasan seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar, Pekan.
Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 mengeluarkan satu perintah kepada kerajaan negeri supaya membayar ganti rugi berjumlah RM37, 127, 471.60 kepada SGM dengan kadar faedah 8 peratus setahun mulai Disember 2000 (jumlah keseluruhan RM60juta).
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bagaimanapun memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi bagi menangguhkan keputusan mahkamah itu namun gagal dalam rayuannya.
Sehingga 7 April 2008, pihak defendan (Adnan dan kerajaan negeri) gagal membuat sebarang bayaran ataupun menghubungi SGM menyebabkan kedua-duanya dianggap melanggar dan menghina keputusan mahkamah.
Seterusnya pada 20 April 2008 Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah mandamus (perintah akur bayar) terhadap Adnan dan kerajaan negeri bagi melunaskan bayaran RM63 juta kepada SGM dalam tempoh 14 hari mulai dari tarikh itu.
Adnan sekali lagi memohon mengenepikan kes melalui Mahkamah Rayuan dan beliau dilepaskan dari membayar hutang tersebut.
Hutang sebenar kerajaan negeri sekarang sudah menghampiri RM65juta kerana faedah sebanyak RM8, 000 sehari terus berjalan.
Menurut Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, meskipun mahkamah rayuan melepaskan Adnan daripada membayar hutang tersebut, namun kerajaan negeri tetap terpaksa membayarnya.
Ujarnya, keputusan mahkamah itu juga hanya untuk membersihkan nama Adnan sedangkan kerajaan negeri terus terbeban dengan hutang yang semakin meningkat sekaligus menyebabkan rakyat turut merasai tempiasnya.
"Keputusan mahkamah itu bersifat teknikal sahaja untuk membersihkan nama Adnan sedangkan kerajaan negeri tetap menanggung hutang," katanya.
Beliau juga mendakwa, akibat penyelewengan dan rasuah yang dilakukan kerajaan Umno BN menyebabkan wang rakyat terpaksa digunakan untuk menyelesaikan bebanan hutang.
"Disebabkan penyelewengan dan salahguna kuasa kerajaan negeri, rakyat yang terpaksa menanggung kerugian. Ini tak sepatutnya berlaku," tegasnya.
‘Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Kamu akan melihat manusia memasuki Agama Allah dengan berbondong-bondong(tanpa mengira bangsa dan bahasa).’ Surah An-Nashr Ayat 1 dan 2 Mari kita sama-sama panjatkan seribu satu kesyukuran kepada Pencipta langit dan bumi kerana dengan izin dan restu-Nya dapatlah juga saya berkongsi sama menumpahkan sedikit rasa hati . Pilihanraya amat berkaitan dengan agama, keadilan dan tanggungjawab setiap rakyat dalam sistem demokrasi. Ia menyentuh hak warganegara. Ia ada kaitan dengan dosa pahala dan mendapat keredhaan Allah atau sebaliknya. Pilihanraya adalah medan pemilihan pemimpin yang bakal kita angkat sebagai penggubal dan pemantau undang-undang samada di Parlimen atau Negeri. Selaku wakil rakyat, segala bentuk kebajikan, sakit dan mati, susah dan senang; juga segala aduan dan masalah kita sepatutnya diberi perhatian oleh wakil rakyat. Dalam konteks inilah amat pentingnya kita memilih wakil rakyat yang memahami masalah serta prihatin terhadap kebajikan kita selaku pengundi. Pemilihan saudara Zulkefly Mohamad Omar, Pesuruhjaya PAS Negeri sebagai calon PAS dikira cukup cucuk untuk meneruskan khidmat amal ini. Selaku seorang muda yang telah diuji kecekapan dan ketabahannya untuk memimpin Pas Negeri, dalam usia 44 tahun beliau diyakini mampu mencabar calon yang ditampilkan oleh UMNO/BN. Tidak syak lagi beliau adalah seorang yang bertenaga untuk menyaingi Umno dikerusi N31. Tanpa perlu diulas, semua orang sudah tahu betapa terdesaknya UMNO sehingga masih mengambil calon yang telah terbukti mempunyai rekod yang cemar dari segi amalan politik wang. Ini disahkan sendiri melalui Lembaga Disiplin UMNO yang telah mengambil tindakan tatatertib ke atas pelbagai amalan salah laku yang melibatkan beliau. Sebenarnya saya amat terkilan dengan sikap “double standard” yang diamalkan oleh UMNO dalam hujah mempertahankan pemilihan calon ini. Mereka mendabik dada kononnya mereka mematuhi kehendak “grass root”. Anehnya sewaktu merampas Kerajaan Negeri Perak yang sah, mereka telah dengan terang-terangan menafikan kehendak dan perasaan akar umbi yang telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat. Buat 5,000 pengundi yang berada di kem-kem tentera saya mohon berpesan supaya jangan takut untuk menyatakan pendirian. Gunakanlah hak-hak demokrasi tuan-tuan dengan cermat. Inilah masa terbaik untuk menunjukkan sikap gagah perwira dengan penuh istiqamah dan keberanian. Pada saya, sikap Presiden UMNO yang tidak semena-mena membangkit-bangkitkan soal kenaikan gaji dan kemudahan perumahan bagi tentera di Port Dickson di hari pengisytiharan calon adalah sesuatu yang tidak sihat. Sudah tentu pengisytiharan ini akan disusuli dengan pelbagai janji berupa halwa, madu dan susu untuk tujuan-tujuan pancingan. Kepada pengundi luar yang berada diperantauan, baliklah dan mengundilah dengan penuh amanah pada 11 Oktober 2009. Inilah satu-satunya senjata dan hak kita sebagai rakyat Malaysia dalam negara demokrasi. Tentukan undi Tuan/Puan akan memulihkan corak dan rupabentuk keadilan dan memperbaiki wajah demokrasi demi masa depan negara. Mari kita keluar untuk menyatakan keyakinan dan sokongan kita kepada saudara Zulkefly wakil PAS/PR yang tidak berbelah bagi. Dengan sepangkah undi, mari kita tolak kezaliman. Ini bukan soal kalah menang dalam gelanggang politik semata-mata tetapi lebih mustahak dari itu, ia adalah perjuangan untuk mencari keredhaan Allah dan mendapat pahala di akhirat kelak. Bahkan ia sekaligus kesempatan untuk mengembalikan demokrasi kepangkuan rakyat. Sudah 7 kali pilihan raya kecil diadakan di Semenanjung dan kita telah memenangi ketujuh-tujuhnya. Mari kita ulangi kemenangan buat kali ke-8 pada 22 Syawal ini.Kita perlu panjangkan gema takbir Hari Raya yang berbunyi “Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar.Walillahilhamdu” “UNDILAH PAS. SELAMATKAN NEGARA” Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Mursyidul Am PAS. Tanggal:12 Syawal 1430/1 Oktober 2009
kemaskini 3.19pm Seorang bekas sarjan hari ini mengakui pernah terlibat memangkah BN bagi pihak anggota-anggota tentera dalam dua pilihan raya umum – pemalsuan undi yang selama ini hanya digembar-gemburkan oleh ahli-ahli politik pembangkang.
Abu Kassim, yang bertugas sebagai "sarjan gaji", berkata beliau dan beberapa kakitangan tentera dalam bahagian pentadbiran, seperti ketua kerani, mendapat arahan bagi memanipulasikan undi pos daripada pegawai pentadbir kem.
Beliau, kira-kira 10 tahun menyertai PAS, bagaimanapun tidak ingat tarikh tepat dan tempat peristiwa itu dengan alasan ia "sudah lama" berlaku tetapi ia didakwa terjadi semasa bawah pentadbiran perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya tidak ingat. Lama sudah. Tetapi dalam pilihan raya besar (umum), zaman Dr Mahathir dulu," katanya kepada Malaysiakini.
Pengakuan depan pengerusi SPR
Abu kini seorang ahli jawatankuasa undi pos Pemuda PAS yang diketuai oleh ketua penerangan dewan itu Suhaizan Kaiat.
“Setiap pilihan raya, saya diminta memantau pengundian pos. Mungkin sebab saya bekas askar, mereka pilih saya,” katanya yang kini menetap di Bandar Tenggara, Port Dickson.
Jumaat lalu, Pemuda PAS mendedahkan pengakuan Abu, yang didakwanya bersedia tampil membongkar perkara itu, menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.
Suhaizan sebelumnya berkata pengakuan Abu itu juga dibuat di depan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu pertemuan rombongan PAS, yang diketuai naib presidennya Salahuddin Ayub, pada 28 Ogos lalu.
Menulis di blognya Bila Kentong Berbunyi, pemimpin Pemuda itu berkata, Abu terpaksa berbuat demikian atas arahan pegawainya, yang berdiri di belakang dan memerhati kertas undi dipangkah.
Dihubungi pagi ini, Abu berkata walaupun pernah mengundi untuk orang lain, beliau langsung tidak pernah mengundi untuk dirinya sendiri.
"Sepanjang berpuluh-puluh tahun menjadi askar, saya tidak pernah memangkah bagi pihak diri sendiri, tetapi tolong memangkah bagi pihak orang lain," katanya, dengan mendakwa seramai empat sehingga lima kakitangan pentadbiran kem turut terlibat dalam proses itu.
Diugut dibuang ke laut
Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada pemalsuan undi pos masih berlaku di kem-kem tentera walaupun masih mencurigai amalan itu.
Abu juga berkata, akibat mendedahkan perkara itu secara terbuka kepada umum, beliau pernah "diugut hendak dibuang ke laut" melalui mesej SMS daripada pihak yang tidak dikenalinya.
"Banyak SMS macam itu saya terima," katanya.
Ditanya apa yang membuatkannya berani tampil kali ini, Abu berseloroh berkata: "Takkan sekarang mereka (kerajaan) hendak potong pencen saya."
Dalam setiap pilihan raya, perjalanan pengundian pos sentiasa mendapat bantahan pembangkang kerana dicurigai wujudnya penyelewengan yang akan memenangkan calon BN.
Dalam pilihan raya kecil di kerusi ini, jumlah pemilih pos sangat besar - 4,620 daripada 13,664 orang yang layak membuang undi.
Ini jelas apabila Umno memilih Tan Sri Isa Samad yang disabitkan rasuah sebagai calon bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober nanti dan ianya mendapat sokongan kerajaan terutama Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin. "Itu menunjukkan ia (usaha Umno-BN berjuang hendak menghapuskan rasuah dan politik wang) sekadar buat-buat. "Kerajaan sekarang yang bercita-cita menghapuskan rasuah itu sebenarnya sekadar buat-buat saja, bukan sebenar, bahkan mereka menunjuk-nunjuk di hadapan rakyat saja, hakikatnya mereka terbabit dengan rasuah," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan. Beliau berkata, selagi manusia tidak takut kepada neraka maka sehingga itulah mereka akan melakukan maksiat termasuk melakukan rasuah, pembunuhan, terbabit dengan dadah atau melakukan penangkapan dengan menggunakan ISA terhadap mangsanya. "Semuanya itu berpunca daripada orang tidak ingatkan kepada akhirat. Kalau mereka ingatkan kepada akhirat, mereka tidak akan menderhakai Allah. Sementara itu dalam perkembangan lain, Ahli Jawatankuas PAS Pusat Datuk Haji Husam Musa menyokong kenyataan yang dibuat Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pemimpin seperti Tan Sri Isa sepatutnya tidak lagi mendapat tempat sebagai calon mana-mana parti termasuk BN. "Akan tetapi oleh kerana BN masih menganggap bahawa politik wang dan rasuah adalah sesuatu yang tidak apa-apa, sesuatu yang tidak merupakan kesalahan besar, maka sebab itu mereka memilih Isa. "Dan ini mengukuhkan lagi anggapan umum bahawa BN memang mendukung konsep politik wang dan politik rasuah," katanya kepada pemberita sele[as menghadiri majlis meraikan keluarga mangsa ragut (yang meninggal) dari Bachok di sebuah hotel di sini baru-baru ini. "Saya fikir pengundi-pengundi Bagan Pinang (bagi Pilihan Raya Kecil pada 11 Oktober nanti) adalah pengundi yang terpelajar dan ada kesedaran politik. "Mereka walau pun menyokong BN tetapi calon BN adalah satu calon yang tidak menggambarkan sebuah harapan untuk memilih pemimpin-pemimpin yang benar-benar bersih, saya yakin pengundi BN di Bagan Pinang akan mengundi calon Pakatan Rakyat. "Kita serahkan atas kebijaksanaan para pengundi Bagan Pinang untuk memilih satu calon yang bersih. (Gambar:Husam, Zulkefly dan Isa di Bagan Pinang) "Dan saya yakin tempoh kempen yang ada (itu) membolehkan rakyat Bagan Pinang menilai (sendiri) calon mana yang patut mereka sokong untuk memimpin mereka," katanya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Pasir Hanifa Ahmad menyifatkan bahawa Umno-BN tidak ada moral. Beliau mengulas sikap rakyat yang tidak mahu mengekalkan calon (wakil rakyat) yang tidak bersih, namun apa yang berlaku sekarang termasuk di Bagan Pinang, orang perasuah pun dicalon dan dipilih untuk menjadi wakil rakyat. "Itu tradisi Umno-BN. Umno-BN tidak ada moral. "Ini kerana calon Umno-BN di Bagan Pinang itu telah pun didapati bersalah oleh Umno (sendiri) dan bukan oleh mahkamah. "Jawatankuasa Disiplin Umno telah menghukum pihak berkenaan telah menggunakan politik wang, membeli (meraih sokongan), maka dilucutkan jawatan naib presidennya pada ketika itu. "Dan sekarang ini diletakkan balik (diangkat semula). Ini bermakna, kalau Umno buat apa pun, tak apa. No pragmatism, apa pun tak apa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pasir Mas semalam selepas menyaksikan sekumpulan lebih 1,000 orang mengadakan demontarasi aman menggesa Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali supaya meletakkan jawatan kerana menghentam PAS. "Rakyat sekarang ini dah cerdik. Pengundi-pengundi di Malaysia ini semuanya boleh diaktakan lapan puluh peratus berkelulusan menengah/SPM dan dengan itu dapat berfikir dengan matang. "Kalau inilah calon (yang didapati bersalah oleh Umno), yang diletak sebagai calon (kemungkinan akan menjadi wakil rakyat ditakdirkan menang), kalau dia boleh menipu Umno, maka saya fikir dia boleh menipu rakyat, mudah saja, itu logiknya. "Sesungguhnya kita (PAS dan Pakatan Rakyat) mahukan calon yang bersih dan yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat umum bahawa calon itu bekerja untuk rakyat dan untuk Malaysia seluruhnya," katanya. _KOTA BHARU, 4 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap Umno-BN berpura-pura dalam usaha membanteras rasuah dan politik wang, bahkan konsep "1Malaysia; Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan" seolah-olah menghalalkan rasuah dan politik wang. Muhammad Yusri Amin
Sun | Oct 04, 09 | 9:12:06 am MYT